Islamic Widget

Friday, November 25, 2011

Besederhanalah kamu dalam segala urusan.....

Hatim al Assam suatu hari berziarah ke rumah tuan mufti di daerahnya. Sesampainya di rumah itu, didapati rumah itu besar, penuh dengan segala kelengkapan dan perhiasan yang bukan keperluan dan membazir.

Beliau segera teringat pada firman Allah bermaksud:
"Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.(Al Isra’: 26-27)

Kerana itu berazamlah Hatim untuk mengingatkan tuan mufti tentang keterlanjuran itu. Dengan penuh hikmah dan bijaksana Hatim pun bertindak. Semasa sama-sama mengambil wudhuk, Hatim sengaja membasuh semua anggotanya sebanyak empat kali, lebih dari sepatutnya. Ini telah menarik perhatian tuan mufti sehingga mufti itu berkata: “Kenapa saudara melebihkan basuhan anggota wudhuk saudara? Bukankah itu makruh dan membazir namanya?”

Mendengar itu Hatim tersenyum dan berkata: “Membazir sedikit air pun Islam tidak benarkan. Apalagilah membazir beribu-ribu ringgit untuk sebuah rumah dengan segala perhiasan yang tidak berguna, tentulah Islam tidak benarkan. Tuan, saya bimbang tuan akan dimurkai Allah kerana melakukan pembaziran yang sebegini besar. ”

Begitu sikap Hatim, seorang mukmin yang sebenar, mengingatkan saudaranya supaya sama-sama mentaati perintah Allah.

Bukan ertinya Hatim tidak ingin pada rumah besar dengan kelengkapan yang mewah, tetapi dia melawan keinginannya kerana mematuhi perintah Allah. Hatim mengorbankan dunianya untuk kepentingan Akhirat. Itulah sikap mukmin yang sebenar.

Monday, October 17, 2011

SURAT DARI SEORANG WANITA UNTUK "BAKAL SUAMI" NYA


Assalamualaikum,

Kehadapan bakal suamiku yang aku sayang,
Jgn dibimbangkn tntg cinta ini, kerana aku akan mencintaimu dengan penuh kasih sayang, kerana aku percaya bahawa Allah itu menciptakan yang terbaik untukku... Daku juga akan menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirimu, dan kuharapkan bahawa dikau pun begitu dapat menerimaku seadanya.... Sayang, ku tahu bahawa dikau seorang yang kacak di pandangan mataku, romantik, dan dapat membimbingku menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah..InsyaAllah...

Bakal Suamiku,
Aku tahu dikau mempunyai ramai peminat.... hehehe.... tapi jangan dikau bimbang kerana aku percaya semua ketentuan Allah ada hikmahnya... sebagaimana nabi Yusuf.... walaupun ramai yang meminatinya kerana kekacakan, dan kecerdikan yg dimilikinya namun cinta Zulaikha tetap untuk Yusuf..... Bakal suamiku, Tidak kuharapkan kemewahan menghiasi hidupku, yang kuimpikan adalah kesederhanaan dalam hidup, dan keredhaan dari yang Maha Esa... sayang, ku akui aku tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, banyak kekurangan yang wujud dalam diri ini, kuharapkan dikau sanggup bersama denganku dan menerima segala kekuranganku.....

Bakal Suamiku,
Daku akan mencuba sedaya upayaku untuk mnjadi isteri yang solehah untukmu, Daku ingin menjadi penyejuk matamu, penawar hatimu, menjadi isterimu, sahabatmu, dan membantumu di setiap permasalahan yang dihadapi olehmu.... aku juga akan menghiburkanmu dikalamu kesunyian, menghantar kedamaian ke dalam segenap hatimu...... kuharapkn dikau sudi berkongsi segalanya denganku.... semoga kasih sayang kita nanti akan mndapat keredhaan dari Illahi... insyaAllah.....

Ku juga amat mengharapkan dikau sudi membantuku dalam kerja2 seharian dirumah, bantu memasak ke sebab saya tidak pandai masak, setakat masak yang simple2 boleh la... kalau nak yang luarbiasa macam daging masak ala 'Starwars' masak sndiri tau, jangan risau saya boleh menolong nanti (tolong tengok je la), membantuku menjaga bayi kita ke (dah penat bawa baby 9 bulan... hehehe) , membantu menyidai baju di ampaian ke... (baju kan sama2 pakai sekali sekala membantu apa salahnya)... , sama2 kita aturkan kehidupan kita dan membina keluarga bahagia.... yelah kalau nak diharapkan saya seorang memang tak cukup tangan...(sebab tangan ada dua) apalah salahnya kiranya dikau membantu meringankn kerja2 rumah kita... hihihi.... saling membantu kan amalan mulia..... hihihi..

Sekiranya nanti ada permasalahan antara kita, saya harapkan kita akan dapat berbincang dari hati ke hati, dan selesaikn permasalahan tanpa ada cmpur tangan orang lain... jangan lah selalu mendiamkan saja masalah... berkongsi masalah dapat mengurangkan sakit hati.... sekurang2nya hilang ckit rasa sakit ati tu.......

Akhirkata, Salam sayang untuk Bakal Suamiku, Smoga kita cepat dipertemukan Jodoh, dan di Ijabkabulkan.... Aminn......

Yang menantimu,
Bakal Isterimu

Saturday, October 15, 2011

Kasih Dan Cinta

Kasih sayang pengikat kebahagiaan.
Benarkah?
Jawapan ada padamu sendiri.
Tepuk dada tanya selera.

Kasih sayang hadir tanpa diduga.
Yakah?
Benar... Ia hadir tanpa disedari,
mengikat janji pada hati,
untuk terus disayangi,
dan hadir dengan keikhlasan.

Cinta itu indah...
Betulkah?
Hanya Hati mempunyai jawapan.
Cinta hadir bersama berbagai rasa,
Rasa gembira, sedih, kecewa, dan sebagainya.
bergantung pada insan yang dicintai.

Cinta itu istimewa.
Sungguh???
Ya, Cinta itu akan menjadi istimewa bila....
Hadirnya dari Limpahan Kasih Allah SWT,
Diredhai oleh Keluarga,
Diikat dengan Ijab dan Qabul,
Dihiasi dengan Jujur,
Diberi dengan penuh Keikhlasan,
Diterima dengan seadanya.

Hargailah Kasih dan Cinta,
Sebelum ia pergi meninggalkan kita.

Wednesday, October 12, 2011

Janji Tinggal Janji - Endang S.Taurina

Kau yang pertama singgah di kalbu
Memberikan sinar terang di hatiku
Kau yang pertama singgah di kalbu
Memberikan janji manis kepadaku
Tiada satupun jadi perintang
Seakan sudah di depan mata
Mengapa kini engkau menghilang
Tiada berita…

Janji tinggal janji
Cincin kenangan telah terbang lari
Ku simpan di hati
Bercampur rasa cinta dan benci
Tak sekali lagi
Ku mahu jatuh dalam rayumu
Siapa takkan benci
Janji tinggal janji
Mengukir luka di hati

Kini ku tahu hanya dirimu
Yang pernah merebut cinta yang pertama
Kini ku tahu hanya dirimu
Yang pernah membuat hatiku membara
Kau yang dapat membuatku menyinta
Kini kau buat aku membenci
Biar ku menahan sakit hati
Biar sendiri

Tuesday, September 6, 2011

WARNA KEHIDUPAN ..... Part 2

HARI YANG KELAKAR.
Hari ini hari pertama aku masuk ke sekolah tingkatan 1. Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap untuk ke sekolah. Sekolah menengahku ini tidak jauh dari rumah ibuku. Ayahku mengalah dan membiarkan aku untuk terus tinggal dengan ibuku setelah ibuku memberitahu bahawa mudah untukku ke sekolah. Aku hanya perlu berjalan kaki lebih kurnag 25 minit untuk ke sekolah. Setelah bersiap aku mula mengaturkan langkah untuk ke sekolah. Mentari belum menampakkan cahaya. Aku melihat ramai pelajar berpakaian sekolah menuju ke destinasi yang sama denganku. Kelihatan bas sekolah berderet di hadapan pagar. Aku mula rasa tidak sedap hati. Kerana di sekolah ini ade sesi pagi dan petang. Aku memberanikan diri untuk bertanya kepada seorang pelajar perempuan yang nampak lebih senior dariku.

"Tumpang tanya kak. Tingkatan satu sesi pagi ke petang?" "Adik sekolah tingkatan satu ya tahun ini? Tingkatan satu dengan tingkatan dua sesi petang dik." Kakak itu menerangkan. "Oh! terima kasih kak." aku mula mengatur langkah dengan pipi merona warna merah. Kelihatan beberapa pelajar memandangku berpatah balik. Aku menundukkan wajah supaya mereka tidak mengenaliku kerana tersilap sesi pembelajaran pada hari pertama ke sekolah. Setelah agak jauh meninggalkan sekolah, aku mula bermonolog sendirian.'Hishhhh!! hari pertama semangat dengan pakaian sekolah baru tiba-tiba tersilap sesi. Rupa-rupanya sesi petang. Haihhhh!! Sabar je lah.... '

Sesampainya dirumah ibuku sedikit terkejut. "Rina kenapa tak pergi ke sekolah?"ibuku bertanya. Aku tersengih. "Ibu rupanya Rina kena sekolah petang la ibu. Malu juga Rina tadi. Semua orang pandang Rina bila Rina patah balik. "aku menerangkan panjang lebar. "Laaaa... Yakah? Ibu pun tak tahu. Sudahlah, pergi salin baju. Nanti tengahari siap untuk ke sekolah. Aku membantu ibu menyediakan makanan tengahari. Ibu akan pergi bekerja sebentar lagi. Sebagai permulaan memulakan hidup baru ibuku bekerja sebagai Jurujual di sebuah kedai pakaian yang tidak jauh dari rumah ini.

KAWAN-KAWAN BARU
Aku tiba di sekolah jam 12.00 tengahari. Cuaca agak panas. Aku berlindung di bawah pokok. Kelihatan ramai yang memasuki perkarangan sekolah tidak lama lepas itu. Kami dikumpulkan dan berbaris di bawah pokok. Kami juga diberitahu untuk berbaris di sini setiap kali sebelum masuk ke dalam kelas untuk di catit kedatangan. Setelah pembahagian kelas di lakukan kami di atur untuk ke kelas masing-masing. Aku menduduki kelas 1 Anggerik 2. Ku lihat di dalam kelasku ada lebih kurang 31 orang pelajar.

Mulai dari hari ini aku mula mempelajari beberapa pelajaran yang agak baru bagiku. Rakan-rakan baru ternyata mewarnai kehidupanku kini. Aku mula belajar bersederhana dalam banyak perkara. Rasa rendah diri dalam diriku wujud di dalam diriku pabila melihat rakan-rakanku mempunyai keluarga yang lengkap. Namun semua itu tidak mematahkan semangatku untuk berjuang dalam pelajaran. Kerana bagiku Ilmu merupakan sahabat terbaik buatku. Semasa di aku berada di tingkatan 1 aku lihat ramai yang berpasangan. Bagi mereka berpasangan menguatkan lagi azam untuk belajar namun berbeza dariku. Aku tidak memilih untuk berpasangan kerana sejarah silam telah mengajarku untuk lebih memikirkan masa depanku kelak. Tidak ku nafikan kadang-kadang aku terbuai perasaan dan sering mengingati ayah dan ibu. Aku masih berharap keluargaku kan bersatu seperti dulu.

Setelah 3 bulan belajar di sekolah tersebut kebanyakan rakan-rakanku mula berpindah ke sekolah baru yang lebih baik dari sekolah ini. Kata mereka Sekolah ini tidak menjamin masa depan. Aku pula berpendapat sebaliknya. Semua sekolah adalah sama tetapi bergantung pada seseorang pelajar itu untuk mengejar kejayaan masing-masing. Semasa pemilihan ketua kelas, penolong ketua kelas dan bendahari, aku telah diberi amanah untuk menjadi seorang ketua kelas. Sejak dari hari itu aku mula menjalankan tangungjawab aku sebagai seorang ketua kelas. Aku merupakan antara pelajar tebaik dalam kelas. Di dalam kelas tersebut ada seorang pelajar yang sering menjadi saingan dalam pelajaran iaitu Azlan. Azlan juga merupakan salah seorang pelajar yang terbaik di dalam kelas.

NOTA CINTA
Satu hari, aku dan beberapa rakan perempuan kelasku ingin menghantar tugasan Kemahiran Hidup. Kami terus menuju ke bilik kemahiran hidup untuk menyerahkan tugasan. Setelah selesai aku dan Izzati kembali ke kelas. Tidak lama kemudian, loceng sekolah pun berbunyi tanda sesi persekolahan pada hari itu tamat. Aku menggalas beg dan pergi ke garaj basikal. Ayahku menghadiahkan ku sebuah basikal pada pertengahan tahun ini, kerana aku berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas semasa peperiksaan pertengahan tahun. Aku menyorong basikal keluar dari sekolah. Di kejauhan aku lihat Azlan berjalan perlahan sahaja. Aku mempercepatkan langkah untuk berjalan bersama Azlan. Bagiku Azlan ini mempunyai banyak kelebihan dan sedikit sebanyak menarik perhatianku untuk mendekatinya.

"Hai Azlan, seorang je ke?" tanyaku. "Aah... seorang." jawabnya perlahan. Aku dan Azlan jalan beriringan tanpa sepatah kata. Aku rasa seperti ada sesuatu ketika bersama dengannya. Ya, aku akui aku meminatinya, tapi dari jarak jauh sahaja. Aku tidak berani meluahkan apa-apa perasaan kepadanya kerana aku masih di zaman sekolah dan aku rasa rendah diri dengan apa yang aku ada. Kami berpisah di stesen bas kerana Azlan akan menaiki bas tambang untuk pulang ke rumah manakala aku hanya meneruskan kayuhan untuk kembali ke rumah.

Sesampainya dirumah aku melihat bahagian beg sandangku terbuka. Aku mula hairan kerana aku sudah menetapkan yang aku tidak akan menggunakan ruangan tersebut memandangkan zipnya sudah rosak. Aku cuba melihat Zip tersebut dan tiba-tiba sekeping kertas keluar dari bahagian tersebut. Aku melihat kertas tersebut dan tertanya dari mana datangnya kertas itu. Aku membuka lipatan kertas tersebut untuk mengetahui isi yang terkandung. Sebaik sahaja aku buka aku melihat nota tersebut datangnya dari Azlan. Isi kandungannya pula I Love You Syarina. Aku bagaikan tidak mempercayai hadirnya surat tersebut dari Azlan. Mana mungkin Azlan mengetahu aku meminatinya. Ataupun ini hanya sekadar perangkap hendak mengenakan aku. Aku bertekad untuk mendapatkan penjelasan daripada Azlan.

Keesokan harinya aku berjumpa dengan Azlan. "Azlan kau ada tulis apa-apa surat untuk aku tak semalam?"aku bertanya kepada Azlan. "Tak ada," Azlan menjawab ringkas. Aku terdiam dan mengambil kertas semalam dan serahkan kepada Azlan. "Ini tulisan kau ke?" aku bertanya lagi. "Tak, Bukan tulisan aku. Tulisan aku cantik dari ini." Azlan menjawab. " Kau jangan main-main Azlan. Habis tu macam mana kertas ni ada dalam beg aku?"aku bertanya kepada Azlan. "Kalau betul itu surat yang aku tulis kepada engkau, apa jawapan kau. Nak ke kau terima aku?" Azlan menjawab persoalanku dengan pertanyaan. Aku terdiam. "Entahlah,aku sendiri pun tak pasti." Aku menjawab. "Aku bagi kau tempoh untuk berfikir. Awal tahun, tahun depan aku akan minta jawapan daripada engkau. Aku akan tunggu engkau."Azlan memberi kata putus.

Guru kelasku mencadangkan kami untuk mengadakan jamuan akhir tahun kelas. Kebanyakan bersetuju dan mula menyumbangkan duit kepada bendahari. Setelah jamuan bermula aku mengambil tempat dan duduk di sebelah rakanku, Izzati. Aku hanya mengambil sedikit makanan kerana kurang berselera untuk makan. "Rina kenapa makan sikit je?" tanya Izzati. "Hai Rina nak Zainal suapkan ke?" usik pelajar lelaki pula. "Ish! kau orang ni mengarut je kerja." aku menjawab. "Kalau aku suap tak apa kan Rina?" sampuk Azlan. "Kalau kau suapkan aku , okay je." aku bersahaja melayan kerenah rakan-rakanku yang sememangnya suka mengusik.

Ku belek surat yang diberikan oleh Azlan. 'Benarkah Azlan mencintai aku?' aku bermonolong sendirian. Ku simpan kemas surat itu di dalam dompetku. Ini surat yang pertama dari orang yang aku minat. Mahukah aku membalas rasa yang ada. Teringat pula pesan ayahku, 'Jangan bercinta masa sekolah. Kalau ayah dapat tahu siap Rina.' Aku jadi berbelah bagi. Sedangkan rasa ingin menyayangi itu ada dan aku akan buktikan cinta ini bukanlah cinta monyet. Akhirnya aku biarkan sahaja masa berlalu pergi. Tanpa ku sedari aku menginjak ke Tingkatan 2.

JAWAPAN CINTA.
Aku bertekad membalas rasa pada Azlan. Namun kami berpisah kelas. Aku telah di masukkan ke kelas yang berbeza dengannya. Sedih rasa di hati. Akhirnya aku menunggu dia untuk bertanya kepadaku. Sudah hampir sebulan kami bersekolah Azlan tidak pernah bertanya padaku. Akhirnya pada satu hari aku berjumpa Azlan. "Azlan aku dah ada jawapan untuk persoalan kau tahun lepas." aku memulakan. "Yang mana?"tanya Azlan. "Aku cintakan kau juga."Aku berkata. "Rina, aku minta maaf. Baru semalam aku terima Qalesya." aku terkedu mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Azlan. Kelopak mataku mula menakung airmata. Namun ku tahan bagi mengelakkan Azlan tahu perasaan aku. Aku membatukan diri.

"Rina kau okay tak ni?" Azlan bertanya. Aku menoleh dan mengukir senyum. "Aku okay.... " aku menjawab walaupun dalam hatiku mula bertamu kekecewaan. Sejak dari hari itu, aku menangis selama seminggu. Sukar aku untuk menerima kenyataan bahawa Azlan memilih yang lain. Tidak lama selepas itu, aku tidak lagi melihat Azlan. Aku cuba bertanya kepada rakan-rakan baiknya semasa di dalam kelasnya. Mereka berkata bahawa Azlan telah berpindah sekolah. Sejak dari hari itu, aku menguncikan hatiku untuk Azlan. Dan bertekad tetap menjadi peminat di dalam diam dan berniat andai betul Azlan tercipta untukku. Aku pasti akan menemukannya kembali walaupun 10 tahun lagi. Aku tidak akan menerima mana-mana lelaki lagi kerana hatiku benar-benar untuk Azlan. Sejak dari hari itu aku kembali menumpukan pelajaran dan cuba mendapatkan tempat yang terbaik dalam kelas.

Pada satu hari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah habis sekolah, Aku terlibat dalam kemalangan. Aku telah dilanggar oleh sebuah kereta. Yang aku ingat ketika itu, aku dilanggar dan terpelanting ke cermin kereta tersebut lalu jatuh di atas jalan raya. Aku tidak sedarkan diri untuk seketika. Pabila aku sedar, aku mengutip beg, buku sekolahku, dan mencari di mana basikalku. Aku lihat seorang lelaki cina yang telah melanggarku terpaku di pintu keretanya melihat kejadian itu, dan tiada siapapun yang menghulurkan bantuan kepadaku. Aku menguatkan semangat untuk menaiki basikal dan terus pulang ke rumah. Aku tidak pergi ke hospital kerana aku bimbangkan ibu. Aku merahsiakan perkara itu dari pengetahuan ibu. Yang penting aku tidak apa-apa.


bersambung.............

Wednesday, August 10, 2011

BAGAIMANA AKHIRNYA??. Part 1

PROLOG
Nama ku Syazrina. Aku hidup dalam keluarga yang sungguh bahagia suatu ketika dahulu. Ayahku juga selalu memberikan ku hadiah buku cerita kisah dongeng puteri seperti Cinderella, Beauty and The beast, Rapunzel dan sebagainya. Aku sering berkhayal untuk bahagia seperti kisah-kisah dongeng tersebut. Namun kebahagiaan itu tidak kekal selamanya. Detik hitam telah berlaku dan mengubah seluruh hidupku.

SEJARAH YANG SUKAR DILUPAKAN.

"Rina, pilih ayah atau ibu?" ayahku mengajukan soalan. Aku lihat ibuku menangis teresak-esak di atas sofa di ruang tamu rumah. "Rina nak ayah dan ibu," aku menjawab. "Tak boleh. Ayah nak Rina pilih salah satu."ayahku mula meninggikan suara. Airmataku merembes keluar. Aku tidak mengerti mengapa aku harus memilih diantara satu. Aku inginkan semuanya. Aku inginkan ibu dan ayahku. Aku tidak mahu salah seorang daripada mereka. Beberapa hari selepas itu aku dibawa oleh ayahku ke satu tempat. Pada waktu itu ibuku sudah hilang entah kemana. "Ayah tempat apa ni? Cantiknya."aku bersuara. "Ini mahkamah Syariah. Ayah nak jumpa ibu di sini dan akan tau siapa yang boleh jaga Rina lepas ni." Aku terkedu. Aku rasa seperti ingin menangis. Aku mula berfikir tentang kehidupanku selepas ini. Tiada ayah atau ibu. Sedangkan rakan-rakanku yang lain memiliki anugerah Tuhan yang terindah itu.

Kami keluar dari perut kereta dan ayahku memintaku untuk duduk di sebuah kerusi panjang. Ayahku masuk ke dalam bilik melalui sebuah pintu yang tidak jauh dariku. Lebih kurang setengah jam menunggu aku lihat ibu dan ayahku keluar. Ibuku terus mendapatkanku dan mencium dahiku. Terasa kesedihan yang dia alami waktu itu. "Rina, cepat masuk kereta," ayahku menjerit. Aku bergegas bangun dan berlalu pergi. Aku bimbang aku akan dimarahi kerana ayahku seorang yang panas baran. "Rina mulai dari hari ini ayah akan menjaga Rina dan bertanggungjwab sepenuhnya kepada Rina." Ayahku berkata. "Ibu?????" tanyaku. "Ibu akan duduk jauh dari kita." Mataku mulai berkaca. Apa yang aku takutkan kini akan terjadi.

Ayahku tidak lagi menghantarku ke sekolah seperti biasa. Aku ke sekolah dengan menaiki basikal. Walaupun sekolah ku agak jauh dari rumah. Aku lihat kawan-kawanku bermain permainan yang dibawa mereka. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun aku duduki. Dengan keizinan guru kami dibenarkan membawa alat permainan untuk mengisi waktu di sekolah. Aku duduk termangu dan mengenangkan ibuku. Dimana ibu? Aku sendiri tidak tahu. Esok dah bermula bulan Ramadhan. 'Siapa yang akan masak untuk Rina?' aku bermonolog sendirian. Aku hanya bermenung sehingga waktu sekolah sudah tamat. Aku mengambil beg sekolahku untuk pulang ke rumah. Semasa menyorong basikal keluar dari perkarangan sekolah, aku lihat ibubapa kawan-kawanku menjemput mereka menaiki kereta. Alangkah indahnya waktu dahulu.

RAMADHAN DATANG LAGI
Kehadiran ramadhan tidak seperti dahulu. Dahulu ibuku akan mengejutkanku untuk bersahur tapi sekarang ibu dah tiada. Ayahku pula tidak mengejutkanku untuk bersahur. Semasa berbuka pula kami hanya makan mi segera. Aku mulai rindu pada ibuku. Ketika ibuku ada dahulu dia akan memasak lauk-lauk kegemaranku semasa berbuka. Ada berbagai jenis kuih di atas meja. Tetapi........ Sekarang tidak lagi sama seperti dahulu.

'Ibu, Rina rindukan ibu' aku berkata. Hari ini genap seminggu kami berpuasa. Tapi kami berbuka masih dengan menu utama iaitu mi segera. Pipiku terasa hangat. Rinduku pada ibu tidak dapat dibendung lagi. Aku termenung melihat mi segera yang berada di hadapanku sekarang. "Rina, kenapa tak makan?" tanya ayahku. "Rina nak makan nasi, mi segera ni tak kenyang." aku menjawab. "Makan je apa yang ada. Jangan banyak cakap" ayahku mulai tinggi suaranya.

Aku mula menyuap mi segera ke dalam mulut. Terasa muak pabila aku mengunyahnya. 'Ibu, baliklah' jerit hatiku. Mi segera itu tidak ku habiskn. "Rina, kenapa tak habis makan mi tu?" tanya ayahku. " Rina dah kenyang ayah." aku menjawab perlahan. Setelah mangkuk yang ku gunakan di basuh. Aku terus ke dalam bilik. Aku memeluk teddy bear yang pernah dihadiahkan kepadaku suatu ketika dulu oleh ibuku. " Teddy, teddy, Rina rindu kat ibu.... mana ibu pergi.... Rina nak makan masakan ibu. Rina lapar.. Rina tak nak makan mi segera tu lagi." aku meluahkan perasaan pada teddy bear. Sejak ibu tiada, teddy bear ini lah yang menjadi tempat luahan perasaanku. Aku tertidur bersama airmata pada malam itu.

Cuti sekolah telah pun bermula pada hari ini. Aku berdoa agar makanan untukku berbuka puasa pada hari ini berbeza dari hari sebelumnya. Tiba-tiba Makcik Zai datang mengetuk pintu rumahku. Aku membuka pintu. "Rina, ni ada lauk yang makcik masak untuk Rina berbuka puasa nanti. Nanti Rina tanak lah nasi." Aku menyambut huluran Makcik Zai. 'Wah, ayam masak merah. Sedapnya.' kata hatiku. Aku tersenyum memandang Makcik Zai dan mengucapkan terima kasih. Setelah Makcik Zai berlalu pergi, aku terus menanak nasi. Hatiku berbunga-bunga untuk berbuka puasa pada hari ni.
Tidak lama selepas itu ayahku kembali dari tempat kerja.

Aku menghidangkan lauk dan nasi yang telah siap. Sejak ibu tiada aku mula belajar masak untuk mengisi perut. Jauh di sudut hati aku mengharapkan lauk yang ibu masak seperti dulu. Setelah selesai mandi ayahku duduk berhampiran meja. "Mana datang lauk ayam masak merah ni?" ayahku bertanya. "Makcik Zai jiran sebelah yang bagi ayah," aku menjawab. Tidak lama kemudian kedengaran azan menandakan waktu berbuka sudah tiba. Aku mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku makan nasi pada hari ini. Aku rasa sangat bersyukur kerana doaku dimakbulkan.

HARI RAYA AIDILFITRI
'kringggg!! kringgg!!" telefon rumahku berbunyi. Aku bergegas untuk menjawab telefon. "Assalamualaikum." aku terdiam seketika. "Ibu!!!!!!!" airmataku merembes keluar. "Ibu Rina nak ibu, Rina tak nak makan mi segera ibu, Rina lapar." aku meluahkan perasaan. "Rina makan mi segera je?" ibuku bertanya kepadaku. "Ya ibu. Ibu di mana? Rina rindu kat ibu. Baliklah rumah ibu." aku memohon kepada ibuku. "Ibu dah tak boleh balik sana sayang. Ibu dan ayah sudah tiada ikatan lagi." ibuku menerangkan. "Tapi kenapa? Rina nak ibu dengan ayah." aku mulai teresak-esak. Ibuku juga begitu. "Rina, jangan menangis sayang. Esok Rina datang rumah ibu ya, esokkan raya." ibuku berkata. "Tapi macam mana Rina nak jumpa ibu? Rina tak tahu tempat tinggal ibu." aku menerangkan. "Tak apa, nanti ibu suruh teksi ambilkan Rina di rumah, terus bawa jumpa ibu, ya sayang." "Baik ibu," rinduku sedikit terubat setelah mendengar suara ibu.

Keesokan harinya, aku memakai baju kurung lama memandangkan tahun ini aku tidak dibelikan baju baru. Aku menunggu kehadiran teksi. Tak sabar rasanya mahu berjumpa ibu. Ayahku telah keluar sejak dari pagi tadi. Kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan rumahku. Aku keluar dari rumah dan mengunci pintu. Aku terus meluru masuk ke dalam perut kereta tersebut dan teksi tersebut meluncur laju di jalanraya. Aku tiba di sebuah rumah pangsa. Pakcik tersebut membawa aku naik ke tingkat 3. Dia menunjukkan aku rumah ibu. Aku mengetuk pintu dan memberi salam. Tiba-tiba pintu rumah dibuka dan kulihat wajah yang sangat aku rindui selama ini. iaitu ibuku. Aku terus memeluk ibuku. Ibuku menghulurkan 2 keping not sepuluh ringgit dan pakcik itu terus berlalu pergi.

"Rina dah makan?" tanya ibuku. " Belum." aku menjawab. Ibuku menuju ke dapur dan membawa Rendang ayam dan ketupat. "Makanlah Rina. Ibu masak. Makan puas-puas ye sayang." Tidak lama selepas itu, pintu rumah ibuku diketuk. Aku bergegas membuka pintu dan ku lihat ayahku. "Rina kenapa datang sini? Rina tak boleh jumpa dia." Aku berlari ke arah ibuku. "Rina nak ibu. Rina nak ibu. Rina tak nak balik." aku mula menangis.

Akhirnya ayahku beralah dan meninggalkan aku serta ibuku. Ayahku kata akan menjemputku bila cuti sekolah habis. Tahun hadapan aku akan berganjak ke Tingkatan satu. Banyak lagi cabaran yang bakal aku tempuhi.


bersambung.............

Saturday, May 7, 2011

Ibu



Hari ini tersingkap tirai semalam,
detik-detik ibu membesarkan ku,
jerih payah ibu mendidikku,
membantu di setiap permasalahanku.

Ibu,
terbayang kesakitanmu,
saat kau melahirkan ku,
bertarung nyawa demiku,
anakmu yang amat kau kasihi.

Ibu,
aku tahu kadang kala,
hatimu terluka kerana sikapku,
kata-kata dan perbuatanku terhadapmu,
sepuluh jari ku susun,
memohon keampunan darimu.

Ibu,
Sempena Hari Ibu ini,
ku panjatkan doaku buatmu,
semoga engkau bahagia selalu,
didalam rahmat Illahi,
Ucapan terima kasih buatmu,
kerana engkau telah membesarkanku.

Buatmu ibu tersayang,
Selamat Hari Ibu......

Written by: Aza Lieza

Monday, April 18, 2011

Cintamu Adalah Anugerah Terindah Buatku.


Mengapa derita sering menyapaku
disaat kebahagiaan mula menjelma.
Mengapa kesedihan mengiringiku
ketika sinar kegembiraan
mula melabuhkan tirainya.

Lalu Engkau kurniakanku
Seorang insan yang kelihatan biasa
namun memberi kesan di hatiku,
Engkau titipkan rasa sayang di hatiku padanya.

Ya Allah,
Cinta yang hadir dijiwaku KurniaanMu
Aku mencintainya keranaMu,
Kerana Engkaulah yang mempertemukanku dengannya
Kerana aku yakin akan takdirmu Ya Allah.

Tidak lama selepas itu,
Perpisahan yang tidak ku duga terjadi,
Aku ditinggalkan tanpa khabar berita
Terumbang ambing
dibuai perasaan yang tidak menentu.

Aku kembali kepadamu,
Persoalan yang bermain di benakku
ku ajukan kepadaMu.
Apakah benar perasaan yang
ada dijiwaku ini?
Aku bertekad andai benar
perasaan cinta di jiwaku ini,
Aku yakin Engkau pasti mempertemukan kembali.

Masa berlalu,
Aku teruskan kehidupan ini bersamaMu Ya Allah,
Bersama Cinta suci di atas kurniaanMu.
Ku kuncikan hatiku kerana
Aku percayakan takdirMu,
Aku yakin Jodoh & Pertemuan,
Terletak di tanganMu.

Setelah sekian lama menanti,
Engkau hadirkan kembali
Insan yang selama ini ku tunggu,
Engkau hadirkan kembali.

Keyakinan aku menjadi semakin kuat,
Inilah cinta
Anugerah CintaMu Ya Allah.

Ku harapkan
Anugerah ini akan berkekalan
hingga ke syurga

Kepadamu insan terpilih
Anugerah Cinta Kurniaan Illahi ini
ku serahkan kepadamu,
hanya untukmu Sayang.
Semoga Cinta Allah Mengiringi
Kasihku kepadamu selalu...

~Aza Lieza~

Sunday, April 17, 2011

Sayangku.


Wahai sayangku,
Engkaulah yang menjadi pelita,
yang menerangi hidupku,
dikala kesepian mula terbit di hati,
Menghantar kegelapan.

Sayangku,
Kasih suci mu berada jauh di hati ini,
tersimpan baik di peti hatiku,
akan ku jaga ia agar sentiasa terlindung.

Sayangku,
Aku akan sentiasa menemanimu,
di kala engkau bersendirian,
di kala engkau gembira,
di kala engkau bersedih,
walau apapun situasi mu,
Percayalah aku sentiasa ada untukmu.

Cintaku sentiasa ada untukmu,
di setiap hembusan nafasmu,
di setiap denyutan nadimu,
dan mengiringimu di setiap langkahmu.

Sayangku,
walaupun dugaan datang melanda,
Akan ku tempuhi dengan kesabaran.

Ku harapkan cinta ini,
Sentiasa mendapat restu Illahi,
Mendapat restu keluarga,
Agar kebahagiaan yang tercipta itu
Menjadi yang terindah dalam hidupku.

Aku Menyintaimu Sayang.
~Aza Lieza~

Saturday, April 2, 2011

Di Hari Pernikahan...



Debaran pasti hadir disaat hari kita di Ijab Dan Qabulkan tiba. Pada ketika ini berbagai perasaan yang bercampur baur di dalam hati. Ada kegembiraan, sedih, takut, berdebar. Ini kerana setelah Ijab dan Qabul selesai bermulalah kehidupan manusia ke alam yang agak berbeza iaitu alam perkahwinan.



"Maksudnya :Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah, Dia menciptakan pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan-Nya diantara kamu kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar-Rum:21)


Sembahyang Sunat Nikah Setelah selesai majlis akad nikah, maka bagi kedua-dua pengantin, terutamanya bagi pengantin lelaki, adalah disunatkan untuk bersembahyang sunat kerana nikah. Ini ialah untuk menandakan syukur kehadrat Allah swt diatas nikmat yang diberikan dan dikurniakan jodoh, mengingatkan bahawa dengan berkahwin, terpikullah satu amanah Allah yang besar. Cara melaksanakannya

1. Melaksanakannya adalah sama dengan sembahyang sunat dua rakaat yang lain, dengan niatnya:

أُصَلّيْ سُنَّةَ العَرُوْسِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatal "aruusi" rak ataini lillahi taa'la

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sesudah nikah dua rakaat sunat kerana Allah taa'la"


2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah :
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas

3. Lakukanlah sebagaimana sembahyang sunat yang lain sebanyak dua rakaat.

Setelah selesai melakukan sembahyang sunat nikah, berlangsunglah acara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari si isteri.

Kemudian kenduri di buat bagi memberitahu bahawa pengantin telah pun berkahwin dan tidak akan menimbulkn fitnah.

Friday, April 1, 2011

Dambaan Cinta Suci....



Cinta suci pasti hadir dalam hidup setiap insan, samada dalam sedar ataupun tidak. Terkadang kita alpa dengan kehidupan dunia melebihkan hal duniawi melebihi bekalan yang perlu disediakan untuk dibawa ke Yaumul Hisab. Kita sering mengharapkan sesuatu hadir dan wujud perkara baik dalam kehidupan kita daripada Allah, tetapi pabila Allah mengharapkan kita melaksanakan hanya perkara yang diingini-Nya tidak pula kita laksanakan.. Dimanakan keadilan kita dengan Allah, Tuhan pencipta seluruh alam ini? Tepuk dada tanya selera..



Pabila kita sebut berkenaan jodoh adakah kita berfikir untuk mencari seseorang yang boleh memimpin kita ke arah keagamaan dan membawa kita untuk memenuhi permintaan Allah untuk bersujud dan memanjatkan syukur kehadrat-Nya diatas segala kurniaan-Nya? Tidak dapat dinafikan wang memenuhi segala keperluan di dunia kita sibuk mencari wang untuk memenuhi keperluan duniawi, tapi apa pula kita sediakan untuk menghadapi hari Yaumul Hisab? Itulah kelebihan bagi mereka yang memilih seseorang yang boleh memimpin sesebuah keluarga mengikut syariat dan keagamaan.

Rasulullah pernah bersabda: "Dinikahi Wanita itu kerana empat perkara, kerana kekayaannya, kerana kecantikannya, kerana kedudukannya dan kerana hal agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."

Rasulullah sendiri telah memberikan panduan kepada kita dalam perihal memilih seseorang untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Pabila ditanya kebanyakan orang mengapa anda memilih pernikahan? Mengapakah anda ingin berkahwin? Apakah tujuan dan matlamat anda dalam perkahwinan yang bakal dilaksanakan? Apakah jawapan anda?

Jawapan yang kerap diberikan ikut sunnah Rasulullah saw.. Memang tidak salah bukan.. Tetapi tahukah anda sunnah Rasulullah saw bukan hanya pada perkahwinan. Sepatutnya kita mesti mengikut sunnah perilaku Rasulullah saw dalam kehidupan seharian Baginda. Bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang suami, ayah di dalam keluarga Baginda. Sunnah itu tidak hanya terhenti pabila kita sudah melafazkan ijab dan qabul. Teruskan mengikuti sunnah Baginda dan menjadikan Baginda Rasulullah saw sebagai contoh dalam mengendalikan kehidupan seharian. Semoga niat suci yang kita bina bersama pasangan hidup kita sentiasa mendapat keberkatan ketika mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Kita bukan sahaja mendapat cinta sejati malah suci. Insyaallah.

Kebahagiaan pasti menyusul bersama dengan rahmat dari Illahi, dan kita sentiasa berada di atas jalan-Nya yang lurus menuju ke Jannah. Mudah-mudahan. Untuk renungan bersama..



Thursday, March 31, 2011

Subhanallah.



Subhanallah, Ya Allah aku berasa tenang pabila mendendangkan zikir nama-namamu. Kedamaian menyapaku tatkala aku mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran... Sungguh aku berasa CintaMu kudus dan suci.. Alhamdulillah, ucapan syukur ke hadratMu kerana aku mengenaliMu semenjak aku masih kecil. Janganlah Engkau membiarkan aku jauh terlencong dari jalan benarMu Ya Allah.. Allahu Akbar... Allah Maha Besar yang telah memberikan kesempurnaan dan dugaan yang Engkau telah turunkan kepadaku. Aku bersyukur kerana Engkau menurunkan ujian buat diriku yang kerdil ini, kerana bagiku setiap dugaanMu yang hadir dalam hidup ini memberikan aku kesedaran akan tujuan kehidupan yang telah Engkau berikan kepadaku, mengingatkan daku padaMu sekiranya aku tergelincir sedikit dari jalanMu. Itulah tandanya Engkau sentiasa menyayangiku dan memberikan daku RahmatMu dan Engkau tidak mahu aku berjauhan dari jalanMu yang menjanjikan kedamaian, ketenangan, kesucian cintaMu. Berikan aku kecintaan kepadaMu yang tidak pernah surut. Supaya aku sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara, dan mendapat kesenangan semasa Yaumul Hisab... Amin Ya Rabb.. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Allahu Akbar....

Sayang Daku Hanya Padamu......


Azlan dan Sharina merupakan sepasang suami isteri yg sgt bhgia pada awal pernikahan mereka. Perkahwinan mereka mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak bertahan lama. Azlan yang dulunya merupakan seorang suami yang mengambil berat kini berubah menjadi seorang yang tidak bertanggunjawab. Dahulunya ada saja kelapangan buat Azlan menemani Sharina. Kini setelah 5 tahun perkahwinan mereka, Sharina sering bersendirian di rumah yang dihadiahkan oleh suaminya pada awal perkahwinan mereka. Sharina tahu suaminya terkilan kerana masih tidak mempunyai cahaya mata untuk menyerikan rumah ini. Bagi Sharina, mungkin belum ada rezeki lagi.

Namun begitu, Sharina tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tetap menyediakan makanan, tetap menguruskan semua hal rumah tangga. Walaupun mendapat layan hambar dari suami yang tersayang namun Sharina tetap tabah menjalani kehidupan seorang isteri... Beberapa hari kebelakangan ini, Sharina rasa tidak sihat. Terasa mual di tekaknya, demam, terasa seperti hendak pitam, namun tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap berjalan seperti biasa kerana dia tahu Azlan tentu penat setelah bekerja seharian. Digagahkan juga badannya itu untuk memasak masakan kegemaran suaminya Ayam Masak Merah. Setelah selesai memasak Sharina mula mengemas dapur. Lagu isteri solehah berbunyi dari telefon bimbit Sharina. Sharina bergegas mendapatkan telefonnya. Di skrin telefonnya tertera nama pemanggil "Suami tersayang." " Asalamualaikum, abang" "Ina abang nak bagitau hari ni abang tak balik, abang kena pegi outstation." "Abang tak nak balik makan dulu ke?" Sharina bertanya."Abang tak ada banyak masa ni, abang pegi dulu tau."

Telefon di matikan oleh Azlan.. Sharina hanya merenung skrin telefon yang baru di matikan talian...Sharina hanya mampu berdoa semoga perjalanan suaminya untuk pergi bekerja selamat.Sharina betul-betul tidak sihat hari ni, kepalanya pening sehinggakan dia tidak mampu untuk berdiri lama. Sebentar tadi Sharina telah menyediakan lauk yang ringkas untuk makan tengahari, Ayam Masak Merah dan nasi putih. Kemudian, Sharina hanya berbaring di bilik, memejamkan mata untuk berehat sebentar.

Kedengaran deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Sharina dapat mengagak bahawa Azlan telah pulang dari outstation. Sharina lekas bangun untuk menyambut suami tersayang di pintu. Sharina membuka pintu dan melihat Azlan telah pun berada di hadapan pintu sedang membuka kasut. "Abang dah balik" Sharina menyambut huluran beg james bond suaminya, dan terus menyalami tangan suaminya. Azlan tidak menyahut walau sepatahpun. "Abang, Ina sudah sediakan makanan di atas meja. Marilah kita makan bersama, dah lama Ina tak makan semeja dengan abang." "Ina masak apa?" "Hari ni Ina masak Ayam Masak Merah je, Ina tak berapa sihat" "Ah, kau ni, ade je alasan..! Kalau dah jadi isteri tu, masak lah sedap2 sikit kalau takat masak merah lebih baik aku beli bungkus dari kedai" suara Azlan mulai tinggi."Ina mintak maaf, lain kali Ina masak sedap-sedap untuk abang ye" "Pandai kau menjawab." "Abang, kenapa abang dah lain sekarang ni?" "Aku dah lain, kau nak tau sebabnya? Sebabnya kau tak boleh berikan aku zuriat, tanggungjawab kau tu memberikan aku zuriat? Faham?" "Ya Allah abang, kan belum ada rezeki. Kita berusaha untuk dapatkan anak ye" "Kau ni sekarang dah kurang ajar, ade je jawapan yang menyakitkan hati aku." PANNNGGGGG!!!!!!Hinggap satu tamparan di pipi Sharina yang gebu. Sharina terjatuh lalu pengsan tidak sedarkan diri. Azlan terkejut melihat isterinya yang tidak sedarkan diri, ada darah yang mengalir di bahagian paha isterinya. Azlan terus bergegas membawa isterinya ke Hospital. Sesampainya di Hospital, Sharina di bawa ke ICU. Setelah 4 jam menunggu, Doktor pun keluar. Azlan meluru mendapatkan Doktor itu.

"Doktor bagaimana keadaan isteri saya?"

"Isteri awak berada dalam keadaan yang lemah, dan kekurangan air. Berlaku pendarahan sedikit, dan isteri awak perlu banyakkan berehat. Paling penting, kandungan dalam perutnya masih selamat, mujurlah awak cepat menghantarnya ke Hospital, jika tidak, kemungkinan besar awak akan kehilangan kedua-duanya sekali." "Doktor, isteri saya mengandung?" "Ye, takkan awak tak tahu isteri awak mengandung 3 bulan?"
"Ya Allah , apa yang telah aku buat ni?" Azlan bermonolong sendirian. Tidak lama selepas itu, Azlan melawat Sharina yang msih terlantar di katil hospital.Bekas tamparan yang hinggap di pipi Sharina jelas kelihatan. Penyesalan mula hinggap di tangkai hati Azlan. Azlan mencium tangan dan dahi Sharina. "Maafkan abang sayang, kerana mengabaikan sayang selama ini. Maafkan abang..."

"Abang, Ina tetap sayangkan abang hingga akhir hayat Ina,"Azlan mengusap lembut kepala Sharina. Begitu luhur dan sucinya hati Sharina sewaktu melafazkan kata-kata itu.

“Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Mahabesar.” (Surah An-Nisaa’ : 34)

Written by : Aza Lieza....

Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepda orang yang

mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-Mu,

dan campakkanlah kedalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan kepadaku.

Aminah Qutb

Friday, February 4, 2011

Ceritera Cinta Part 2

"Syazrina oo syazrina......" Zarina mengoncangkan tubuhku.
Aku terpisat-pisat. "Ha... Dah pukul berapa ni Zarina?" tanyaku.
"Dah pukul 12.00 tengahari." Zarina menjawab ringkas.
"Oh.. yeke... aku rasa pening la Zarina" aku menerangkan keadaanku.
"Mungkin kau letih kot, tadi Alif telefon kau berkali-kali tapi kau tak bangun. Aku pun jawablah telefon kau," terang Zarina.
"Dia ada tinggalkan apa-apa pesan ke untuk aku?"
"Dia ajak kita berdua makan di bawah, dekat lobi hotel." Zarina menjawab persoalanku.
"Em... yelah aku siap sekarang."

Aku dan Zarina keluar dari bilik penginapan kami dan turun ke lobi hotel menaiki lif. Sebaik sahaja pintu lif tersebut terbuka, wajah Alif berada di hadapan kami. Dari air muka Alif, aku dapat merasakan seperti ada sesuatu yang menggusarkan hatinya.

"Eh, Alif kenapa ni...?" Zarina menegurnya." Nampaknya bukan aku sahaja yang berperasaan begitu, Zarina juga berkongsi rasa yang sama. Aku menunggu jawapan dari Alif.
"Emmmm.. tak ada apa-apa. Aku risaukan korang berdua tak sampai-sampai. Dah hampir setengah jam aku menunggu. Baru bercadang nak naik ke atas" terang Alif panjang lebar.
"Oh, maafkan kami ya Alif, tadi saya yang bersiap lama," aku menerangkan keadaan sebenar.
"Syazrina, muka awak nampak pucat, awak okay ke?" Alif bertanya kepadaku.
"Eh, saya sihat.... hehehe.." aku tersengih cuba menyembunyikan keadaanku yang masih pening-pening lalat. Aku tersengih seorang.
"Syazrina awak tersengih seorang ni kenapa?" tanya Alif kepadaku.
"Errr..... Mana ada... " aku menjawab ringkas.
*****
Lawatan pertama kami pada hari ini adalah di Masjid Kapitan Keling. Kami di fahamkan bahawa di masjid ini khutbah Jumaat di sampaikan dalam bahasa Tamil. Sungguh unik bukan...??? Kemudian kami berjalan kaki ke Khoo Kongsi, sebuah bangunan yang cantik dengan bentuk seni bina dari negara China. Di sini aku dapat melihat berbagai jenis pelancong dari dalam dan luar negara. Seterusnya kami melawat di beberapa buah tempat lagi iaitu, Muzium Islam, Muzium Negeri Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai jenis lukisan dan bahan artistik, Fort Cornwallis atau lebih dikenali sebagai Padang Kota Lama. Kesemua tempat ini semuanya tidak jauh dari satu sama lain. Semasa lawatan kami di tempat-tempat tersebut, aku , Zarina, Alif sempat merakamkan beberapa keping gambar buat kenangan kami. Dari raut wajah kami jelas terpapar kepuasan kami semasa lawatan yang kami lakukan.

Pada sebelah malamnya, kami di bawa ke Pasar Malam Batu Feringghi, banyak barang-barang yang boleh dijadikan cenderahati buat kawan-kawan. Aku sekadar 'window shopping' manakala Zarina pula membawa barang-barang yang dibeli di Pasar Malam Batu Feringghi sehingga tidak menang tangan. Alif pula membeli baju untuk bersantai di tepi pantai. Setelah puas membeli Alif datang kepadaku yang sedang membeli air buah dari salah satu gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Menurut amoi yang menjaga kedai itu, Pasar Malam Batu Feringghi ini merupakan nadi buat Batu Feringghi. Faktanya sedikit menarik perhatian ku. Aku melihat sekeliling, suasana agak sibuk dengan pelancong dari Jepun, Korea, Arab Saudi, dan Australia. Nampaknya negara kita juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di mata dunia. Setelah amoi tersebut selesai membuat air Durian Belanda untukku, aku menghulurkan duit untuk membayar tetapi sempat di bayar dahulu oleh Alif.

Aku jalan beriringan dengan Alif. Kami menuju ke bas persiaran yang terletak tidak jauh dari tempat kami berada sekarang. Di kejauhan aku lihat Zarina terpacak seperti tiang lampu menanti kami. Tiba-tiba bahuku di cuit dari belakang. Aku menoleh dan.......
*****

Lelaki yang berada di hadapan ku kini memang aku kenali. Serta merta kebencian yang hilang suatu masa dahulu buat lelaki ini kembali menyerbu ke seluruh jiwa ku.
"Siapa lelaki ni Syazrina?" tanya lelaki itu.
Aku mula rasa tidak sedap badan dan rasa seperti ingin lari jauh dari sini. Jauh dari semua ini.
"Siapa lelaki ini RINNNNN????!!!!!" lelaki itu mula meninggikan suaranya.
"Ini Alif. Kekasih baru Rin." Terangku kepadanya.
"Encik..." belum habis Alif menghabiskan kata-katanya satu penumbuk hinggap di pipi Alif. Alif sedikit terdorong ke belakang.
"Farish!!!!!! Apa yang awak buat ni????!!!!" aku mula naik darah dengan apa yang baru berlaku di depan mataku.
"Kau diam, Rin..!!!!" Farish mengarah.
Farish mula melangkah mendekati Alif. Farish mencekak kolar baju Alif.
"Kau dengar sini ya, Rin ni kepunyaan aku. Tak ada sesiapa yang boleh merampas dia dari aku."
"Farish, sudahlah, Rin dah tak ada kaitan dengan Farish," aku meleraikan tangan Farish dari Alif.
Farish meoleh kepada ku.
"Apa dia Rin???? Kau ulang sekali lagi . Aku kurang dengar."
"Rin dengan Farish dah tak ada apa-apa kaitan lagi." Aku mengulangi ayatku tadi.

PANNNGGGG!!!!!! Hinggap satu penampar di mukaku. Mukaku terasa panas. Tidak lama kemudian aku pengsan, dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya...
*****
Aku celikkan mata ku. Masih terasa kembang pipiku bengkak akibat ditampar oleh Farish. Aaarrrgghhhh!!!!! Aku bencikan dia. Ku lihat sekeliling. Aku dikelilingi oleh emak , dan adikku. Di luar bilik ku lihat Alif mundar mandir seperti orang yang tidak tahu arah tujuan. Manakala Zarina duduk di kerusi luar sambil menangis. Aku menjadi pelik dengan situasi sekarang. Apa yang terjadi? Aku di mana? Ku lihat tangan ku di masukkan satu tiub dan di penghujungnya aku lihat satu botol air tergantung. Aku di hospitalkah???

"Emak, kakak dah sedar," adikku mula bersuara.
"Rin, Alhamdulillah Rin dah sedar. Lega hati mak."
"Rin tak apa-apa.... Rin kan kuat...," aku tersengih seperti budak kecil.
"Emak risaukan Rin. Rin tak sedarkan diri dah 3 hari," ibuku meluahkan kerisauannya.
"Dah la tu mak. Rin dah okay...," aku cuba menerangkan keadaanku.
*****

Aku sudah sihat. Aku dibenarkan keluar wad pada hari ini. Alif akan datang menjemputku sebentar lagi. Ibuku dan adik-adikku telah balik ke kampungku. Zarina pula telah pulang ke kampung menjenguk ibunya dan adik-adiknya.
Aku mengemas barang-barangku yang masih ada. Sementara menanti Alif, aku duduk di katilku sambil membaca majalah Mingguan Wanita. Di kulit majalah ini terpapar tajuk-tajuk yang agak menarik. Sedang aku membelek-belek majalah tiba-tiba aku didatangi oleh seorang lelaki. Aku mengangkat mukaku untuk melihat dan yang berdiri di hadapanku sekarang bukan Alif seperti sangkaanku tetapi Farish.

"Rin, maafkan Farish. Farish bersalah. Farish ingin memohon maaf di atas segalanya yang telah terjadi. Farish banyak menyusahkan Rin. Farish sedar semua itu. Sekali lagi Farish memohon maaf."
"Farish, untuk apa Farish nak minta maaf. Farish tak pernah buat apa-apa kesalahan pada Rin. Rin pun hanya manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan," aku menjelaskan.
Farish memegang daguku memaksa aku mendongak memandangnya yang sedang berdiri. Aku lihat ada mutiara jernih mengalir di pipinya. Hatiku menjadi sayu serta merta. Aku tidak tahu mengapa aku berkeadaan begitu.

"Sudahlah Farish, sampai bila kau nak menyakitkan hati Rin. Takkan seumur hidup Rin kau nak menyakitinya. Berikanlah dia ruang untuk dia berbahagia," kata Alif yang muncul secara tiba-tiba.
"Alif....!!!" aku sedikit terkejut lantas menyeka mataku yang mula menakung empangan airmataku. Aku enggan kelihatan lemah dihadapan Alif.
"Rin... Jom sayang kita pergi makan. Mesti Rin pun dah lapar. Maaf ya buat Rin tertunggu-tunggu," kata Alif lalu mengangkat beg dan memimpin ku keluar dari situasi yang agak tegang. Aku pula menurut tanpa membantah kerana aku sendiri bingung dalam situasi begini.
*****
Aku di bawa ke sebuah restoran yang terletak di tepi laut. Angin bayu laut menyapa mukaku. Aku terasa segar dan kembali tenang sedikit apabila mendengar deruan ombak yang menghempas pantai. Kami duduk di satu sudut yang sedikit jauh dari orang. Setelah pesanan diambil oleh seorang pelayan restoran Alif memandangku. Aku berasa kurang selesa berkeadaan begitu.

"Rin, awak sihat?" tanya Alif kepadaku. Aku berasa sedikit hairan dengan soalan yang diajukan oleh Alif.
"Sihat......! Heheh....." aku menampakkan muka yang agak ceria sambil tersengih.
"Tapi......" Alif tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
"Encik ini pesanan minuman encik sebentar tadi." kata pelayan tersebut sambil meletakkan segelas Air Kiwi, dan Air Karot susu minuman kegemaranku. Tidak lama selepas itu aku dan Alif menikmati masakan makanan laut di temani bayu, dan angin sepoi-sepoi bahasa. Halwa telinga kami pula di dendangkan dengan lagu romantis dari Kenny G dan juga hembusan ombak yang menghempas pantai. Hari ini merupakan hari indah buatku. Seumur hidupku mungkin.
*****
"Rin hari ni, Alif nak bawa Rin jalan-jalan shopping. Boleh?" tanya Alif kepadaku.
"Boleh...." jawabku ringkas.
Alif membawa aku pergi jalan-jalan di sebuah pasaraya yang terkemuka di Pulau Pinang, iaitu Queensbay Mall. Tempatnya sungguh besar dan aku berasa sedikit letih berjalan di dalamnya, memandangkan saiznya yang agak besar dan luas. Tidak lama selepas itu kami pergi menonton wayang cerita melayu komedi. Tidak kering gusi aku menonton wayang tersebut. Sungguh menghiburkan.

Selesai menonton wayang kami mula berjalan ke tempat letak kereta. Aku berasa agak pening dan rasa seperti hendak pitam. Alif menoleh aku yang berjalan agak jauh ke belakang.

"RINNNNN!!!!!! Ya Allah, kenapa ni Rin?" Aku lihat Alif berlari ke arah aku.
Aku lihat bajuku sudah di basahi dengan darah. Aku mencari punca dari mana datangnya darah tersebut. Rupa-rupanya dari hidungku. Aku mencari tisu dari tas tangan yang aku bawa untuk mengelakkan darah terus keluar lebih banyak. Tidak lama selepas itu, aku berasa pening yang amat sangat. Aku kehilangan tenaga untuk berdiri. Sebelum aku jatuh, aku sempat di sambut oleh Alif. Alif memapahku masuk ke dalam kereta, dan terus menuju ke hospital. *****
"Bagaimana keadaan Syazrina doktor?" Alif meluru mendapatkan doktor yang baru keluar dari wad kecemasan.
"Syazrina tidak apa-apa, keadaan dia sudah stabil awak jangan risau. Boleh saya berjumpa dengan waris terdekat Syazrina?"
*****
Telefon ku berdering, terpapar di skrin telefonku, Ibunda. 'Emmm, kenapa pulak emak telefon tiba-tiba?' hatiku tertanya-tanya. Tanpa membuang masa aku menjawab telefon.
"Asalamualaikum emak , apa khabar?"
"Baik-baik sahaja, Rin sihat? Emak nak tanya kau sesuatu, samada engkau setuju ataupun tidak, mak nak kau fikir jawapannya nanti dan maklumkan pada emak secepat mungkin."
"Emak nak tanya apa mak? Rin cuba bagi jawapan kalau boleh," aku menjawab ringkas.

*****
Aku berbaring di atas katil sambil memeluk 'Teddy'. Persoalan yang emak ajukan padaku petang tadi sedikit menggusarkan hatiku. Aku terasa seperti tersepit di tengah-tengah. 'Arggghhhhh, kenapa aku selalu tersepit begini?'
Terngiang di telinga ku kata-kata emakku. 'Begini Rin, semalam keluarga Alif datang, hajat mereka ingin masuk meminang engkau' aku sedikit tersenyum apabila mendengar nama Alif. 'tapi Rin.....' emak menyambung. 'Tapi apa emak?' aku bertanya kepada emakku. 'tapi....., keluarga Farish pula datang pada hari ini menyampaikan hajat yang sama.' Aku sedikit terkedu mendengar berita yang baru disampaikan oleh emakku. 'Jadi emak nak engkau fikir yang mana engkau rasa boleh bersama dengan kau untuk dijadikan sebagai pasangan hidup engkau.' itulah kata putus yang aku dengar dari emakku. Emak hendak mendengar kata putus dari mulutku sendiri dan emakku akan menyampaikan jawapan pada kedua-dua rombongan meminang tersebut. Siapa harus aku pilih? Farish atau Alif?
*****
Hari Indah Buatku....
Aku telah siap didandan oleh mak andam. Di dalam hatiku pula terasa berdebar-debar menanti pengantin yang bakal tiba dalam masa tidak kurang 30 minit dari sekarang. Saudara-mara, rakan-rakan mula membanjiri rumahku, sekali sekala aku di datangi oleh rakan-rakan dan saudara untuk merakamkan detik gembira dalam hidupku. Debaran di dalam hati ini daku sembunyikan dengan senyuman gembira.
"Rin..... Wah! cantiknya kawan baik aku ni.....!!!" Zarina muncul di muka pintu bilikku.
"Zarina!!! sampai juga kau ye," ujarku.
"Rin aku nak bagi kau sesuatu," Zarina menghulurkan padaku sekeping kad undangan perkahwinan. Aku terus membuka dan melihat isi kandungan kad tersebut.
"Zarina, tahniah.... Akhirnya, dapat juga aku lihat engkau kahwin. Dalam diam, dah atur semuanya. Tak mahu kenalkan ke bakal suami kau pada aku?" tanyaku.
"Kenalkan ini Rashdan, bakal suami aku. Dan ini Rin, sahabat baik saya."
Aku sekadar tersenyum dan Rashdan juga membalas senyum. Tidak lama selepas itu, kami bergambar merakamkan detik sebelum aku melangkah ke dunia baru, Dunia Rumahtangga.
Majlis akad nikah berlangsung di rumahku. Alif Zulfikar telah sah menjadi suamiku kini dengan sekali lafaz akad sahaja. Setelah selesai bacaan doa, aku bersama Alif melakukan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai, upacara membatalkan air sembahyang di lakukan. Alif menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manisku, dan aku menyarungkan cincin ke jari manisnya. Disusuli dengan kucupan di dahiku, dan lafaz 'Aku cinta pada Nur Syazrina Shahidan.' Aku menyalami tangan Alif yang sudah sah menjadi suamiku tanda hormatku padanya. Kerlipan cahaya dari kamera yang ada di sekeliling merakamkan detik indah aku bersama suamiku yang aku sayang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Kami berjalan beriringan dan menjemput para jemputan yang hadir ke majlis kami untuk menikmati hidangan. Tiba-tiba aku lihat kelibat Farish hadir di hadapan kami. Aku menggengam tangan Alif seperti mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Farish.
Farish menghulurkan tangan pada Alif , "Tahniah Alif, aku doakan kau berbahagia bersama Rin hingga ke anak cucu. Pastikan kau sentiasa membuat Rin bahagia. Aku tak ingin melihat Rin menangis lagi." Alif membalas kata-kata Farish dengan ucapan terima kasih dan memandang kepadaku. Aku hanya melemparkan senyuman, sedikit lega. Farish beralih memandangku. Aku hanya memandang Farish. "Tahniah Rin, Farish doakan Rin bahagia, dan maafkan segala kesalahan Farish pada Rin selama ini. Selamat Pengantin Baru Rin."
Emakku muncul dari belakang dan menjemput Farish dan keluarganya untuk menikmati hidangan yang telah terhidang.
Dalam hatiku aku berdoa, semoga aku berjaya menempuhi alam baru perkahwinan ini dengan redha dan tenang. Amin.

Ceritera Cinta Part 1

'Ha! Itupun dia' ak terlihat satu tempat tersusun buku-buku yang terbaru di satu sudut di hujung kedai buku. Dari sini aku lihat buku yang aku cari itu ada terletak di situ. Nampaknya ada sebuah buku lagi sahaja yang tinggal. Aku terus menuju ke tempat tersebut untuk mendapatkan buku itu menggantikan buku yang telah aku hilangkan..... sedang berjalan ke sana...
"Aduh!" jerit aku. Aku jatuh terduduk. 'Alamak malunya aku. Hish, mamat ni nk kene ni' gumam aku dalam hati..."Cik tak ada papa ker?" tanya seorang lelaki yang tadinya telah melanggar aku."Saya tak ada pape." aku mengibaskan tangan membuang kotoran yang terlekat pada baju."Maafkan saya, saya....." "Arghhh!!!!" belum sempat lelaki tu menghabiskan kata-kata aku menjerit melihat buku yang aku cari tadi tu telah tiada di rak buku itu. Aku mengejar seorang lelaki yang telah mengambil buku itu untuk membelinya.
"Encik, maafkan saya, boleh tak saya nak buku yang encik pegang tu" jari telunjukku menunjukkan ke arah buku yang dipegangnya.
"Errrr..... maaflah cik saya amat perlukan buku ini." kata lelaki itu lalu berlalu pergi menuju ke kaunter pembayaran. Aku mengekori lelaki tersebut. Nampaknya lelaki itu telah membayar harga buku tersebut, bermakna buku itu telah menjadi hak miliknya. 'Aku perlu juga dapatkan buku itu, kalau tak habislah aku, kena marah dengan Zarina' " Encik, saya amat perlukan buku ini, saya sanggup membayar 2 kali ganda harga buku itu pada encik kalau encik sanggup menjualnya kepada saya.''

"Cik saya takkan jualkan buku ini pada cik. Saya perlukan buku ini,'' lelaki ini nampak gayanya memang takkan menjual buku itu pada aku. Aku melepaskan keluhan kecil, melihat lelaki itu terus berlalu pergi. Aduhai, di mana lagi aku nak cari buku itu, semua kedai buku aku dah masuk kedai ini je yang ada buku tu. Tapi, buku itu telahpun dibeli oleh lelaki tadi. Kalau tak kerana lelaki yang langgar aku tadi, tentu aku yang jadi pemilik buku itu. Tak apa lah, nanti aku berterus terang dengan Zarina yang aku telah menghilangkan buku kesayangan dia. Aku belanja dia makan malam di hotel tanda memohon maaf. Aku mula mengatur langkah perlahan-lahan untuk pulang ke rumah.

"Cik Syazrina, Cik Syazrina...!" Aku menoleh ke belakang dan terlihat lelaki yang telah melanggar aku tadi sedang berlari ke arahku. Aku tertanya-tanya dari manakah lelaki itu tahu nama aku."Maafkan saya sebab telah melanggar cik Syazrina tadi. Ini beg dompet cik, terjatuh di atas lantai" Lelaki itu menghulurkan beg dompetku kepadaku. Aku menyambut huluran itu. Seterusnya aku membuka dan membelek beg dompetku, bimbang ada dokumen penting yang hilang. Setelah pasti semuanya ada, aku mengucapkan terima kasih."Cik Syazrina cari buku Seindah Pelangi Petang ke?" tanyanya kepadaku.
"Err... macam mana Encik tahu?" persoalannya dijawab dengan soalan dariku."Saya nampak cik kejar lelaki yang beli buku tu tadi, siap menawarkan harga tinggi untuk mendapatkan buku tu." jelas lelaki itu. Nampaknya lelaki tu nampak segala yang berlaku sebentar tadi. Aku terus mengangguk. "Hampir setengah hari saya cari buku itu, hampir semua kedai saya masuk tapi tak ada satu kedai pun yang ada buku tu. Kedai tadi barulah saya jumpa buku tu. Tapi naskah yang terakhir tu pun telah dibeli oleh orang.Nasib kurang baik hari ni, saya perlu terus mencari buku tu, saya nak gantikan buku yang telah saya hilangkan," jelasku panjang lebar."Maafkan saya, kalau saya tidak terlanggar cik tadi tentu cik sempat dapatkan naskah terakhir tadi." ada rasa kesal dari nada suara lelaki itu. "Nanti saya berikan pada cik buku itu kalau ada saya terjumpa di mana-mana kedai nanti." "Baiklah."jawabku ringkas.

Aku menghempaskan badan ke atas katil bujangku yang bersalut cadar bercorak bunga-bunga ros merah. Kepalaku ligat memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya Zarina tahu buku kesayangan dia hilang. Tapi seingat aku kali terakhir buku itu aku pegang masih berada di ruang tamu rumah sewa kami. Tapi keesokan harinya aku lihat buku itu telah tiada. 'Hmmm... aku yang cuai... nantilah aku cari lagi buku itu esok. Andai kata masih tak ketemu.... Aku harus buat satu parti kecil untuk makan malam aku dengan dia di hotel..' aku bermonolog sendirian... Aku memejamkan mata dan lena dibuai mimpi.
*****
"Krinnnnggggg!!!!!!!!!" "Krinnnnngggggg!!!!!!" telefon rumah ku berdering.
Aku dalam keadaan mamai menuju ke telefon rumah yang berada di ruang tamu. "Adoiiiii!!!!" Tiba-tiba aku tersepak kaki meja perhiasan. Serta-merta hilang mamai ku. "Hello, Asalamualaikum," aku memulakan butir bicara.
"Waalaikumusalam, saya Mohd Aznim, boleh saya bercakap dengan Cik Syazrina?""Saya Cik Syazrina, ada apa encik?" tanyaku."Saya ada bungkusan untuk Cik Syazrina, boleh Cik Syazrina ambil bungkusan ni? Saya berada di hadapan rumah cik" jelasnya."Ermmm.... Sekejap ya."

Kini bungkusan itu, berada ditangan aku. Setelah aku siap menandatangani doukumen serah menyerah, bungkusan itu pula bertukar tangan. Aku membuka bungkusan itu. Selesai membuka bungkusan itu aku lihat, ada senaskah buku yang memang aku cari selama ini.. SEINDAH PELANGI PETANG. Tapi siapa yang mengirimnya, aku tak pula memesan dari mana-mana syarikat pengeluaran. Aku lihat butir pengirim, MAHFUZ SDN BHD. 'Tak apalah, siapapun pengirimnya aku cukup berterima kasih sebab dapat buku yang aku sendiri penat mencari...'"Kringggggg!!!!!!" Telefon rumah berdering lagi.
'Hmmm... Siapa pulak ni???' hatiku tertanya-tanya.
*****
Ku belek-belek buku Seindah Pelangi Petang. Hari tu setelah aku selesai membaca buku ini, aku terlupa untuk melihat siapa penerbit buku ini dan penulis buku ini. Lantas aku menyelak helaian pertama buku ini dan mula meneliti penerbit dan penulisnya. 'Penulisnya Shazrin Alif dan penerbitnya Mahfuz Sdn Bhd.' Aku mula berfikir...... 'Kenapa aku macam pernah lihat nama dan penerbit buku ini ya?' persoalan ini berlegar-legar di kotak fikiranku. 'Patutlah, buku ini terbitan Mahfuz Sdn Bhd.' tapi nama penulis ni seakan-akan nama aku. 'Entah-entah penulis ni saja ambil nama gabungan dia dan kekasih..' aku tertawa sendirian dengan andaian ku sendiri. Petang ini aku nak luangkan masa lapang pergi jalan-jalan di sekitar Suria KLCC. Aku bingkas bangun untuk bersiap.

"Wah.... macam-macam ada..." alahai macam iklan astro plak. hihihi.... Aku mula menapak melihat satu persatu kedai yang ada. Aku terhibur melihat keletah manusia yang berbagai-bagai. Aku tertarik dengan satu senario dimana seorang anak meminta ibunya untuk membelikannya aiskrim.. "Ibu.... Ibu... Adik nak yang ini.." "Tak boleh ibu kata adik tak boleh makan aiskrim nanti lelah" ibunya terus berlalu meninggalkan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu terus berguling di lantai sebaik ibunya menghabiskan kata-kata. Si Ibu terpaksa beralah dan terus membelikan kanak-kanak itu aiskrim. Hihihi.. pandai anaknya nk memancing perhatian ibunya.. Aku masih tersenyum sendirian dan secara tiba-tiba bahuku di cuit. Aku lantas menoleh ke belakang dan melihat lelaki yang melanggar aku hari itu. "Eh.... Encik... emmmm.. rasanya hari tu saya terlupa bertanya kepada encik nama encik. By the way what is your name?" aku mengajukan soalan.."Tak perlulah ber'encik-encik' panggil saja saya Alif"
"Hehehe.."aku tersengih. "Nice to meet you again , Alif. Tapi saya rasa nama awak sama dengan penulis buku Seindah Pelangi Petang.""Emm... What are you doing here? Luangkan masa ke? atau bosan berada dirumah?"Alif menukar topik perbincangan."Actually both of them.. hahaha" aku mula tertawa dengan jawapan aku sendiri.
"Jom lunch sama, saya belum makan lagi. Perut dah mula mendendangkan lagu pop rock." Alif mengajakku.
Kami sama-sama tertawa.
*****

Penat setelah seharian berjalan di Suria KLCC. Aku membancuh Air coklat panas, antara minuman kegemaranku. Aku duduk di ruang tamu dan mula mengimbas kembali kenangan aku di Suria KLCC. Humm... Aliff merupakan seorang penulis dan bekerja di Mahfuz Sdn. Bhd. Dari pemerhatian aku , dia seorang yang komited dalam kerja. Dia sering memantau pemasaran buku yang ditulis olehnya. Korang nak tau buku Seindah Pelangi Petang tu memang hasil penulisannya. Tapi aku tak pula berani bertanya siapa nama Syazrin sebelum namanya. Paling mengejutkan buku yang aku dapat semalam tu alif yang hantar. Hihihi.. Tersengih lagi aku... Terlepas satu beban. Alif ni seorang yang manis, suka tersenyum, pandai berbicara, dan macam-macam lagi. Bertuah sesiapa yang dapat menandingi hati dia. Hehehe.... Aku tersenyum sendirian.

"Amboi dah sampai Itali ke?." suara Zarina menghentikan lamunan ku."Hehehe.... Eh, bila kau sampai?" balasku.
"Ermm... nak ubah topik ye? Kau ni dah jatuh cinta pulak ke?" Zarina menjawab.
" Erkkk.. kau ni ada-ada je la... Sape la yang nak dekat aku ni?"
"Ramai yang nak, tapi kau tu ha... jual mahal sangat."
"Zarina... zarina.. dah lah aku penat aku nk pegi tidur dulu okay...Selamat malam. "
Aku berlalu meninggalkan Zarina yang terpinga-pinga.

Baru sahaja aku baring di atas katil ada bunyi mesej masuk. Aku terus mencapai telefon dan membaca mesej yang datangnya dari Alif.. ' Salam.. Syazrina dah tidur ke? Semoga diulit mimpi indah. Selamat malam.' Aku tersenyum sendiri...
Tiba-tiba kepalaku terasa sakit yang amat sangat. 'Mungkin letih sangat kot' fikirku. Aku terus memejamkan mata dan lena dibuai mimpi.
*****
Alif
Kini, aku dan dia telah berkenalan hampir 3 tahun. Kami kini berkawan rapat. Tiap-tiap kali aku sebut namanya aku selalu tersenyum. Dia bagaikan selalu menghantar kegembiraan yang berganda kepadaku. Ya aku bahagia, bahagia bersama dengan Alif. Rasa sungguh bersyukur kerana bertemu dengan insan yang amat istimewa dan mula mendapat tempat di hatiku. Ya, aku telah lama jatuh hati padanya.

Aku mengambil cuti sebulan kerana aku ingin berehat. Aku rasakan bahawa aku keletihan sahaja akhir-akhir ini. Hari ni aku Zarina dan Alif telah merancang untuk ke Pulau Pinang untuk bercuti bersama rombongan kakitangan syarikat penerbitan buku Mahfuz Sdn Bhd. Aku ingin menghabiskan masa di sana untuk merakamkan gambar bangunan -bangunan bersejarah di sana.

Jam menunjukkan pukul 10.25 pagi. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kemudian kami dibawa oleh bas persiaran ke tempat penginapan kami di Hotel Sunway , Georgetown, Pulau Pinang. Setibanya di tempat penginapan kami, Zarina membuang pandang ke luar tingkap. Manakala aku pula melepaskan penat di atas katil empuk hotel. "Wah... banyak bangunan di sini yang menarik ya Syazrina." "Memang pun Zarina. Kau nak tau disini mereka nak kekalkan bangunan-bangunan lama. Mereka siap buat 'renovation' untuk kukuhkan lagi keutuhan bangunan yang kian di mamah usia." balasku panjang lebar.
"Tak sabar pula nak habiskan masa melihat bangunan-bangunan yang cantik ni." Zarina meluahkan keinginannya.
*****

bersambunggg......

Inilah Masanya......




Jika kau ingin menyintai ibu,
Cintailah ibu sekarang,
Supaya ibu tahu,
Keindahan dan kelembutan kasih,
Dari sanubari sang anak,
Semasa ibu masih hidup,
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi,
Kemudian baru diukir di batu nisan,
Dengan kata2 maaf di atas batu yang sepi,
Jika kau memiliki ingatan manis buat ibu,
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu tiada,
Sudah pasti ibu tak dapat mendengar..
Oleh itu, jika kau mencintai ibu walaupun secebis daripada lautan hidupmu,
Lafazkan sekarang,
Agar ibu dapat menikmatinya selepas penat segalanya setelah bergelar ibu.

Erti Kehidupan.



Tahukah dikau erti kehidupan sebenar.
Sedih, gelak tawa, menangis, marah,
Itulah kehidupan.

Diibaratkan seperti roda yang berputar,
Kadangkala kita di atas,
Kadangkala di bawah,
Itulah kehidupan.

Dilengkapi pula dengan ujian dari Tuhan yang esa,
Dengan ujian itu pula kita akan semakin matang dalam menjalani kehidupan,
Tahu akan salah silap kita dimana.
Itulah kehidupan.

Walaupun kadangkala kita rasa sedih dengan apa yang terjadi,
Namun ketabahan hati diperlukan untuk mengharunginya.
Itulah kehidupan.

Selagi nyawa di kandung badan,
selagi itulah kita harus menghadapinya,
sehingga ke hembusan nafas terakhir,
Itulah kehidupan.

Semoga hadir kekuatan diri,
Ketabahan hati yang tiada surutnya,
Untuk terus menghadapi dugaan,
Yang tidak pernah mengenal erti jemu,
Untuk terus menjalani kehidupan ini dengan rasa Redha,
Kerana itulah erti kehidupan sebenar.