Islamic Widget

Thursday, March 31, 2011

Subhanallah.



Subhanallah, Ya Allah aku berasa tenang pabila mendendangkan zikir nama-namamu. Kedamaian menyapaku tatkala aku mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran... Sungguh aku berasa CintaMu kudus dan suci.. Alhamdulillah, ucapan syukur ke hadratMu kerana aku mengenaliMu semenjak aku masih kecil. Janganlah Engkau membiarkan aku jauh terlencong dari jalan benarMu Ya Allah.. Allahu Akbar... Allah Maha Besar yang telah memberikan kesempurnaan dan dugaan yang Engkau telah turunkan kepadaku. Aku bersyukur kerana Engkau menurunkan ujian buat diriku yang kerdil ini, kerana bagiku setiap dugaanMu yang hadir dalam hidup ini memberikan aku kesedaran akan tujuan kehidupan yang telah Engkau berikan kepadaku, mengingatkan daku padaMu sekiranya aku tergelincir sedikit dari jalanMu. Itulah tandanya Engkau sentiasa menyayangiku dan memberikan daku RahmatMu dan Engkau tidak mahu aku berjauhan dari jalanMu yang menjanjikan kedamaian, ketenangan, kesucian cintaMu. Berikan aku kecintaan kepadaMu yang tidak pernah surut. Supaya aku sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara, dan mendapat kesenangan semasa Yaumul Hisab... Amin Ya Rabb.. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Allahu Akbar....

No comments:

Post a Comment