
Cinta suci pasti hadir dalam hidup setiap insan, samada dalam sedar ataupun tidak. Terkadang kita alpa dengan kehidupan dunia melebihkan hal duniawi melebihi bekalan yang perlu disediakan untuk dibawa ke Yaumul Hisab. Kita sering mengharapkan sesuatu hadir dan wujud perkara baik dalam kehidupan kita daripada Allah, tetapi pabila Allah mengharapkan kita melaksanakan hanya perkara yang diingini-Nya tidak pula kita laksanakan.. Dimanakan keadilan kita dengan Allah, Tuhan pencipta seluruh alam ini? Tepuk dada tanya selera..

Pabila kita sebut berkenaan jodoh adakah kita berfikir untuk mencari seseorang yang boleh memimpin kita ke arah keagamaan dan membawa kita untuk memenuhi permintaan Allah untuk bersujud dan memanjatkan syukur kehadrat-Nya diatas segala kurniaan-Nya? Tidak dapat dinafikan wang memenuhi segala keperluan di dunia kita sibuk mencari wang untuk memenuhi keperluan duniawi, tapi apa pula kita sediakan untuk menghadapi hari Yaumul Hisab? Itulah kelebihan bagi mereka yang memilih seseorang yang boleh memimpin sesebuah keluarga mengikut syariat dan keagamaan.
Rasulullah pernah bersabda: "Dinikahi Wanita itu kerana empat perkara, kerana kekayaannya, kerana kecantikannya, kerana kedudukannya dan kerana hal agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
Rasulullah sendiri telah memberikan panduan kepada kita dalam perihal memilih seseorang untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Pabila ditanya kebanyakan orang mengapa anda memilih pernikahan? Mengapakah anda ingin berkahwin? Apakah tujuan dan matlamat anda dalam perkahwinan yang bakal dilaksanakan? Apakah jawapan anda?
Jawapan yang kerap diberikan ikut sunnah Rasulullah saw.. Memang tidak salah bukan.. Tetapi tahukah anda sunnah Rasulullah saw bukan hanya pada perkahwinan. Sepatutnya kita mesti mengikut sunnah perilaku Rasulullah saw dalam kehidupan seharian Baginda. Bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang suami, ayah di dalam keluarga Baginda. Sunnah itu tidak hanya terhenti pabila kita sudah melafazkan ijab dan qabul. Teruskan mengikuti sunnah Baginda dan menjadikan Baginda Rasulullah saw sebagai contoh dalam mengendalikan kehidupan seharian. Semoga niat suci yang kita bina bersama pasangan hidup kita sentiasa mendapat keberkatan ketika mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Kita bukan sahaja mendapat cinta sejati malah suci. Insyaallah.
Kebahagiaan pasti menyusul bersama dengan rahmat dari Illahi, dan kita sentiasa berada di atas jalan-Nya yang lurus menuju ke Jannah. Mudah-mudahan. Untuk renungan bersama..

No comments:
Post a Comment