Islamic Widget

Saturday, March 31, 2012

Bolehkah Kita Merubah Nasib Kita?????

Assalamualaikum WBT. Tajuk yang ingin penulis ketengahkan ialah "bolehkah kita merubah nasib kita". Persoalan ini kadang-kadang akan bermain dalam kotak fikiran kita.. Betul tak? Tapi percayalah kita boleh merubah nasib kita dengan 3 cara. InsyaAllah.. Nak tahu tak apa cara-caranya??? Kalau nak tahu teruskan membaca entri ini...

Sebelum itu penulis nak selitkan satu Firman Allah yang disebut di dalam Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud... بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم, "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah mereka ingin berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri" ... Sadaqallahul azim.

Langkah pertama : BERUSAHA..
Dari firman itu kita disuruh untuk berusaha mengubah nasib kita... itu lah langkah yang pertama mesti kita buat.. bukan harus kita buat... Penegasan di sini MESTI.. Jadi berusaha sehabis baik untuk mendapatkan apa yang kita impikan.... Pastikan NIAT kita betul... Sebagai contoh di dalam firman Allah di bawah.

Dalam Firman Allah Surah Fussilat, Ayat 46 bermaksud...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم, “Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya.” Sadaqallahul azim

Jadi betulkan niat kita dahulu..

Langkah kedua: BERDOA...
Doa mesti menyusul setelah langkah pertama dibuat. Memohon Allah SWT untuk memudahkan usaha yang telah kita buat dan mencapai cita-cita yang kita impikan..

“Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmizi

Besarnya peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah. Permohonan doa hendaklah mematuhi adab tertentu antaranya suci daripada hadas, menghadap kiblat dan dimulai dengan bacaan al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat ke atas Nabi.

Haaa !! jangan lupa perkara yang paling penting dirikan Solat... kerana solat itu tiang agama... kalau berdoa je tanpa solat bagaimana doa kita hendak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kita sedia maklum yang Allah itu telah menurunkan perintah kepada kita untuk melaksana solat 5 waktu... jika kita hendak hajat dimakbulkan kita juga wajib melaksanakan perintah yang telah diturunkan pada kita...

okay dah nak habis dah ni...

Langkah ketiga: TAWAKAL....
Disini penulis nak bertanya adakah anda faham apa itu TAWAKAL???
Rasulullah Saw pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, “Apakah tawakal itu?” Jibril menjawab, “Tawakal adalah yakin pada realiti bahawa makhluk bukanlah pembawa keuntungan, bukan pula pembawa kerugian, tidak memberi, tidak pula menghalangi, dan tidak menggantungkan harapan kepada makhluk apa pun. Ketika seorang hamba telah meyakininya, ia tidak melakukan pekerjaan kecuali untuk Allah, dan tidak mempunyai harapan kecuali dari-Nya”

Tawakal adalah proses penyerahan segala usaha yang diiringi penuh pengharapan pada Allah SWT setelah kita berikhtiar dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang kita impikan.

Dalam Firman Allah Surah Ath-Thalaq, Ayat 33 bermaksud...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم, “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya" Sadaqallahul azim.

Jika tiga langkah ini anda lakukan InsyaAllah kita akan redha dengan apa jua yang akan terjadi.. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah putus asa berusaha kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya yang rajin berusaha...

Semoga entri ini dapat membantu anda serba sedikit.. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT, dan terkurang itu dari diri saya sendiri... Wallahualam..

No comments:

Post a Comment