
Mengapa derita sering menyapaku
disaat kebahagiaan mula menjelma.
Mengapa kesedihan mengiringiku
ketika sinar kegembiraan
mula melabuhkan tirainya.
Lalu Engkau kurniakanku
Seorang insan yang kelihatan biasa
namun memberi kesan di hatiku,
Engkau titipkan rasa sayang di hatiku padanya.
Ya Allah,
Cinta yang hadir dijiwaku KurniaanMu
Aku mencintainya keranaMu,
Kerana Engkaulah yang mempertemukanku dengannya
Kerana aku yakin akan takdirmu Ya Allah.
Tidak lama selepas itu,
Perpisahan yang tidak ku duga terjadi,
Aku ditinggalkan tanpa khabar berita
Terumbang ambing
dibuai perasaan yang tidak menentu.
Aku kembali kepadamu,
Persoalan yang bermain di benakku
ku ajukan kepadaMu.
Apakah benar perasaan yang
ada dijiwaku ini?
Aku bertekad andai benar
perasaan cinta di jiwaku ini,
Aku yakin Engkau pasti mempertemukan kembali.
Masa berlalu,
Aku teruskan kehidupan ini bersamaMu Ya Allah,
Bersama Cinta suci di atas kurniaanMu.
Ku kuncikan hatiku kerana
Aku percayakan takdirMu,
Aku yakin Jodoh & Pertemuan,
Terletak di tanganMu.
Setelah sekian lama menanti,
Engkau hadirkan kembali
Insan yang selama ini ku tunggu,
Engkau hadirkan kembali.
Keyakinan aku menjadi semakin kuat,
Inilah cinta
Anugerah CintaMu Ya Allah.
Ku harapkan
Anugerah ini akan berkekalan
hingga ke syurga
Kepadamu insan terpilih
Anugerah Cinta Kurniaan Illahi ini
ku serahkan kepadamu,
hanya untukmu Sayang.
Semoga Cinta Allah Mengiringi
Kasihku kepadamu selalu...
~Aza Lieza~