Islamic Widget

Sunday, February 14, 2021

Bertakhta Di Hatiku.... Part 1

Benar kehidupan ini tidak semudah yang kita impikan. Kadangkala kita harus menjalani perjalanan yang agak sukar, penuh onak dan ranjau yang berduri. Aku pernah dikecewakan. Dikecewakan oleh lelaki yang tidak tahu menghargai diriku. Tapi kebodohan ku jelas kelihatan pabila airmata aku tetap gugur walaupun aku tahu dia tidak mungkin menjadi milikku lagi. Aku mula berfikir apakah yang aku cari dalam kehidupanku ini. Akhirnya aku dapat satu jawapan yang bersemi jauh di sudut hatiku. Aku mahukan cinta yang kekal dan tidak pernah pudar. Tetapi adakah cinta seperti itu?? Aku menadah tangan pada Allah SWT memohon untuk diberi kekuatan untuk menghadapi takdir ini. Linangan airmataku gugur untuk kesekian kalinya. Sedih sekali. Aku alpa di bawa arus kehidupan yang tidak pernah menjanjikan apa-apa pada aku. Tenggelam dengan janji-janji seorang lelaki yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.Sedangkan jalan yang kekal itu tidak jauh daripadaku, cinta abadi itu sentiasa berada di sisiku. Hari ini ku mula bekerja, dan keadaan di tempat kerjaku agak sibuk memandangkan aku bertugas sebagai pembantu peribadi bos tempatku bekerja. Tiba-tiba aku teringatkan kampung halaman. Rindu pada ibu bertamu di hati. Aku segera mengisi borang untuk bercuti selama 2 minggu. Ya, aku bercuti dan cuba mencari ketenangan dalam diriku. Cuba mencari titik permulaan yang aku sendiri tak tahu dari mana aku harus memulakannya.Mudah-mudahan aku dapat mencari titik mula yang pasti. "Sha, kamu tak keluar pergi makan ke?"kedengaran persoalan yang ku kenal suaranya siapa. Orang itu adalah bos aku. "Emm... Saya rasa tak lapar la Encik Hanif,"aku menjawab ringkas. "Are you sure Sha?" bos aku ingin kepastian daripadaku. "Yes, I'm sure. Encik Hanif, saya dah isi permohonan untuk bercuti." "Okay, kamu tinggalkan di atas meja. I'm sure you really need it. Just take a good care there." "Yes bos," aku membalasnya. Terasa segar pabila mataku terhidang dengan pemandangan hijau sawah padi, bukit bukau yang berselubung awan. Burung-burung yang bebas berterbangan. Aku menghirup udara yang segar. Terasa lapang di dadaku. Seolah-olah terbang semua masalah yang menghimpit perasaan aku. Aku membetulkan dudukku di atas batas sawah padi. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipiku. Inilah kampungku yang sering aku rindui. Telefonku berdering. "Asalamualaikum umi." aku memulakan bicara. "Waalaikumussalam. Anak umi ada kat mana ni? Baliklah, Umi ada hal nak bincang dengan Sha" Umiku berterus terang. "Yalah, sekejap lagi Sha balik rumah ya umi." "Okey, umi tunggu di rumah ya Sha. Assalamualaikum" "Waalaikumussalam." Talian telefon dimatikan. Ku renung skrin telefonku.Terdetik di hatiku apakah yang ingin umi bincangkan dengan aku? Kalau nak tau kena baliklah. Aku tersenyum sendirian dengan jawapan aku sendiri. "Ha! Apa senyum sorang-sorang ni?" satu suara menegurku. Aku menoleh ke belakang mencari tuan punya suara. Aku lihat Hafiz tersengih. "Eh! Macam mana kau ada di sini Hafiz?" aku bertanya. "Aku tengok dari jauh, aku rasa macam kenal je susuk tubuh yang duduk dekat atas batas. Itu aku datang ke mari untuk memastikan. Tak sangka pula betul kata hati aku.Bila kau balik Sha? Kenapa balik tak bagitau aku?" Panjang lebar pulak mamat ini berkata-kata. "Aku kena bagitahu kau ke yang aku nak balik. Kalau jawapan kau ya, apa yang membuatkan aku mesti memberitahu kau?" Aku melontarkan kembali pertanyaan. "Kau kan bakal buah hati pengarang jantung aku," Hafiz membalas. "Arghhhh! Kau ni mengarut jer la.." Aku bingkas bangun dan bergegas pulang ke rumah meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga.

Percutian ke langkawi...

Hai... dah lama rasanya tak post entri dlm blog ni... hari ni saya nk berkongsi dengan anda percutian saya ke Pulau Lagenda Malaysia, Pulau Langkawi... Pengalaman saya ke sana sangat seronok sehingga sedetik pon tak boleh nk lupa... Okay.. Bagi sesiapa yang menaiki kenderaan persendirian untuk ke pulau langkawi ada dua terminal feri sahaja iaitu Terminal Feri Kuala Kedah dan Terminal Feri Kuala Perlis... Hari tu saya pergi menaiki feri dari Terminal feri kuala perlis... Perjalanan dari terminal feri kuala perlis ke Pulau Langkawi memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit... pada yang ingin berkunjung pada musim cuti sekolah disarankan untuk datang lebih awal di kaunter tiket feri kerana orang sangat ramai berada di kaunter untuk membeli tiket... dikhuatiri anda tidak dapat membeli tiket pada hari tersebut... tak ke dah buang masa.... okay harga tiket feri bagi orang dewasa dari terminal feri Kuala Perlis ke Langkawi dicas sebanyak RM 18.00 setiap seorang... murah je kan? tiket ni untuk perjalanan sehala sahaja tau... nak balik nanti kena beli tiket dri jeti Pulau Langkawi.. Bagi yang ingin mebuat perjalan 'Island Hopping' di terminal feri tersebut ada juga ditawarkan kepada anda.. selalunya kalau bukan musim cuti sekolah anda hanya perlu berbelanja RM20.++ satu kepala.. musim cuti sekolah RM25- RM35.++ satu kepala.. Murahkan... tapi jangan terkejut pula perjalanan ber'island hopping' nanti bercampur dengan pengunjung2 lain... yang sebenarnya setiap satu perjalanan bot untuk buat tour island ni lebih kurang RM200.++. Bagi anda yang berkunjung seramai 2 orang hingga 4 orang takkan nak sewa bot RM200.++ kan? jadi beramah mesra la bersama pengunjung yang datang ingin membuat island hopping juga... bagi yang ingin menempah tempat untuk island hopping disini saya mempunyai nombor telefon Destinasi untuk island hopping ialah. 1. Pulau Dayang Bunting. Ha... ramai yang suka berkunjung ke Pulau Dayang Bunting.... ini gambar yang menunjukkan seorang perempuan yang mengandung... di situlah terletaknya Tasik Dayang Bunting... Ha itu gambar2 disana... Bes...!!! Bagi yang ingin mandi di Tasik Dayang Bunting anda boleh terjun je ke dalam tasik tersebut bagi yang tahu berenang lah... kalau tak tau... boleh sewa life jacket yang ade di kawasan tasik tersebut... Sewa tak mahal.. hanya RM5.00 sahaja.. destinasi island hopping seterusnya ialah. 2. Eagles Feeding.. Disini anda boleh lihat banyak burung helang yang berkumpul di kawasan ini... besar2 semuanya.... destinasi terakhir ialah Pulau yang bersih sekali pantainya iaitu 3. Pulau Beras Basah... .. Seterusnya anda setelah sampai di Terminal Feri Langkawi yang terletak di pekan Kuah. Disini anda boleh mendapatkan kereta sewa murah2... saya menyewa kereta Viva dikenakan cas RM90.++ sehari.. okay bagi yang bercuti di hotel2 ternama ada juga yang ambil pakej bersama sewa kereta untuk mengurangkan bajet... Haaa ade trademark hotel tau kat Pulau Lagenda ni... kalau anda semua nak tahu.. kebanyakan hotel dan hotel bajet di Langkawi ni bernaung dibawah BARON.. ingat BARON ingat langkawi.. Servis yang ditawar sangat tip top... Saya sangat berpuas hati... Hotelnya pula bersih dan cantik.. Lagi satu harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan....

Saturday, March 31, 2012

Bolehkah Kita Merubah Nasib Kita?????

Assalamualaikum WBT. Tajuk yang ingin penulis ketengahkan ialah "bolehkah kita merubah nasib kita". Persoalan ini kadang-kadang akan bermain dalam kotak fikiran kita.. Betul tak? Tapi percayalah kita boleh merubah nasib kita dengan 3 cara. InsyaAllah.. Nak tahu tak apa cara-caranya??? Kalau nak tahu teruskan membaca entri ini...

Sebelum itu penulis nak selitkan satu Firman Allah yang disebut di dalam Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud... بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم, "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah mereka ingin berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri" ... Sadaqallahul azim.

Langkah pertama : BERUSAHA..
Dari firman itu kita disuruh untuk berusaha mengubah nasib kita... itu lah langkah yang pertama mesti kita buat.. bukan harus kita buat... Penegasan di sini MESTI.. Jadi berusaha sehabis baik untuk mendapatkan apa yang kita impikan.... Pastikan NIAT kita betul... Sebagai contoh di dalam firman Allah di bawah.

Dalam Firman Allah Surah Fussilat, Ayat 46 bermaksud...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم, “Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya.” Sadaqallahul azim

Jadi betulkan niat kita dahulu..

Langkah kedua: BERDOA...
Doa mesti menyusul setelah langkah pertama dibuat. Memohon Allah SWT untuk memudahkan usaha yang telah kita buat dan mencapai cita-cita yang kita impikan..

“Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmizi

Besarnya peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah. Permohonan doa hendaklah mematuhi adab tertentu antaranya suci daripada hadas, menghadap kiblat dan dimulai dengan bacaan al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat ke atas Nabi.

Haaa !! jangan lupa perkara yang paling penting dirikan Solat... kerana solat itu tiang agama... kalau berdoa je tanpa solat bagaimana doa kita hendak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kita sedia maklum yang Allah itu telah menurunkan perintah kepada kita untuk melaksana solat 5 waktu... jika kita hendak hajat dimakbulkan kita juga wajib melaksanakan perintah yang telah diturunkan pada kita...

okay dah nak habis dah ni...

Langkah ketiga: TAWAKAL....
Disini penulis nak bertanya adakah anda faham apa itu TAWAKAL???
Rasulullah Saw pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, “Apakah tawakal itu?” Jibril menjawab, “Tawakal adalah yakin pada realiti bahawa makhluk bukanlah pembawa keuntungan, bukan pula pembawa kerugian, tidak memberi, tidak pula menghalangi, dan tidak menggantungkan harapan kepada makhluk apa pun. Ketika seorang hamba telah meyakininya, ia tidak melakukan pekerjaan kecuali untuk Allah, dan tidak mempunyai harapan kecuali dari-Nya”

Tawakal adalah proses penyerahan segala usaha yang diiringi penuh pengharapan pada Allah SWT setelah kita berikhtiar dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang kita impikan.

Dalam Firman Allah Surah Ath-Thalaq, Ayat 33 bermaksud...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم, “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya" Sadaqallahul azim.

Jika tiga langkah ini anda lakukan InsyaAllah kita akan redha dengan apa jua yang akan terjadi.. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah putus asa berusaha kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya yang rajin berusaha...

Semoga entri ini dapat membantu anda serba sedikit.. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT, dan terkurang itu dari diri saya sendiri... Wallahualam..

Monday, March 5, 2012

Permulaan yang tidak ku ketahui kesudahannya....



Esok bernulalah kehidupan baru... Cabaran baru, Kerja baru, Persekitaran baru.. Walaupun berat di hati ini untuk memulakannya namun, akan ku kuatkan jua semangat meneruskan alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran... Tak ramai yang tahu hakikat kebenarannya.. Namun, aku percaya satu hari nanti pasti akan terbuka juga pintu kebenaran, sekaligus memberikan kesedaran kepada mereka yang tidak mengenal siapa aku sebenarnya.... Ramai orang2 sekeliling kita yang sering menilai sesuatu berdasarkan cakap2 orang dan tidak mahu menyelidiki perkara yang sebenarnya...

Ya, memang mulut orang tidak boleh ditutup seperti mulut tempayan... tapi harus beringat setiap kata2 yang lahir dari mulut tanpa diketahui sejauh mana kebenarannya adalah fitnah dan hukumnya adalah dosa besar... Nauzubillah... Kesabaran yang jitu akan ku tanamkan di jiwa dan berdoa agar Allah memudahkan segalanya untuk aku menempuhi duri ranjau kehidupan....

Airmata yang menitis di pipi tiada yang tahu... Rasa di hati ini akan ku pendamkan dan ku biarkan Dia yang maha kuasa mengadili segalanya.. Aku hanya mampu berserah padaNya... Mengharapkan suatu keajaiban berlaku... Dan menyusullah kegembiraan...

Senyuman akan ku ukir di bibir ini agar tiada yang tahu apa isi hatiku.. Keperitan di hati ini biar ku simpan dan ku sematkan di dalam jiwa.... Semoga insan2 yang telah berjaya melukakan hati yang rapuh ini akan dibayar dengan adil oleh Dia yang maha Adil... Dan yang pasti aku akan sabar menunggu detik itu... Terima kasih untuk segalanya.....

Malam kian larut, Semoga permulaan perjalanan baru ku ini di susuli dengan keberkatan dariNya, dipermudahkan olehNya, dan dilindungiNya selalu... Amin.... Debaran kian terasa... Belajar sesuatu yang baru dan cuba untuk mengharunginya dengan baik... Yakin Boleh.....

Sunday, March 4, 2012

Kehidupan Ranjau Berduri...



Dalam hidup kita tak ada seorang insan pon yang terlepas dari dugaan kan? Dan aku adalah salah seorang yang menghadapi situasi tersebut...

Terlalu banyak dugaan yang kita tempuhi ni sebenarnya banyak mematangkan fikiran kita. Namun, ada juga yang mengambil jalan keluar yang salah. Akibatnya ia akan merosakkan kehidupan kita... Cuba kita berfikir dari sudut positif. Mengapakah dugaan diturunkan kepada kita....??? Ada jawapannya???

Dugaan diturunkan pada kita oleh Allah SWT kerana ingin menguji sejauh mana kesabaran, keimanan dan kewarasan kita untuk menyelesaikannya...Jadi kita mestilah berfikir jalan yang terbaik untuk kita.. Dia yang menurunkan ujian pasti Dia juga mempunyai resolusinya... Kita kembali padaNya dan memohon untuk dipermudahkan kita menghadapi segala ujian yang telah diturunkan olehNya... Mudah-mudahan kita akan berada dalam limpahan RahmatNya...

Monday, January 23, 2012

Keindahan Alam...

kicauan unggas yang berterbangan,
menghantar seribu erti....
kebahagiaan yang tidak terungkap,
jadi satu misteri.....

pepohon di tepian pantai melambai ,
beralun mengikut rentak bayu yang berhembus....
deburan ombak di pantai,
menjadi satu aturan yang tidak pernah terhapus....

begitulah kehidupan ini.....
takkan pernah terungkap,
akan menjadi satu misteri,
dan tidak akan pernah akan terhapus.....

Saturday, January 7, 2012

AKU HAIRAN....

Assalamualaikum pembuka bicara...

Dah lama rasanya tak update blog, hari ni saya ingin berkongsi lirik lagu kegemaran saya yang mempunyai maksud yang mendalam dan sebagai renungan kita bersama...

Lagu ini dipetik dari Album Kumpulan Nasyid Tanahair IN-TEAM 'Damba Kasih', yang bertajuk AJIBTU yang membawa maksud 'Aku Hairan'..

Dengarkan lagunya....



Maksud lagu tersebut...

RANGKAP PERTAMA:

PATUTKAH KITA MASIH LALAI SEDANGKAN HARI BERLALU,
KITA BERMAIN SEDANGKAN MAUT/MATI ITU BUKAN MAINAN,
AKU PELIK/HAIRAN TERHADAP MEREKA YANG MASIH LEKA INI,
AKU HAIRAN, SEDANGKAN TIADA APA YANG PATUT AKU HAIRANKAN.

RANGKAP KEDUA:

ADAKAH PATUT SEORANG ITU TERUS LEKA DAN BERMAIN(SERONOK),
SEDANGKAN DIRINYA AKAN MATI DAN RUMAHNYA AKAN RUNTUH,
KITA MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN(AMALAN) SELALUNYA,
TEWAS KEPADA SETIAP KESERONOKAN.

RANGKAP KETIGA:

KITA MELIHAT MALAM DAN SIANG MENYIBUKKAN KITA,
DAN AKU TAK TAHU YANG MANAKAH PATUT AKU PILIH(TERLEBIH AFDHAL UNTUK BERIBADAT),
DAN SETIAP PERKARA ITU ADA TEMPOH YANG PERLU DITUNAIKAN(DIISI DENGAN TANGGUNGJAWAB),
DAN KEPADA SEMUANYA ITU ADA KESAN(CATITAN) YANG DITULIS.


Marilah kita sama-sama menghayati lirik lagu ini dan renungkan sejauh mana kebenaran isi yang terkandung.. Mudah-mudahan kita akan berusaha lebih gigih dalam mencari keredhaan Allah SWT.. InsyaAllah....