Islamic Widget

Sunday, February 14, 2021
Bertakhta Di Hatiku.... Part 1
Benar kehidupan ini tidak semudah yang kita impikan. Kadangkala kita harus menjalani perjalanan yang agak sukar, penuh onak dan ranjau yang berduri. Aku pernah dikecewakan. Dikecewakan oleh lelaki yang tidak tahu menghargai diriku. Tapi kebodohan ku jelas kelihatan pabila airmata aku tetap gugur walaupun aku tahu dia tidak mungkin menjadi milikku lagi.
Aku mula berfikir apakah yang aku cari dalam kehidupanku ini. Akhirnya aku dapat satu jawapan yang bersemi jauh di sudut hatiku. Aku mahukan cinta yang kekal dan tidak pernah pudar. Tetapi adakah cinta seperti itu??
Aku menadah tangan pada Allah SWT memohon untuk diberi kekuatan untuk menghadapi takdir ini. Linangan airmataku gugur untuk kesekian kalinya. Sedih sekali. Aku alpa di bawa arus kehidupan yang tidak pernah menjanjikan apa-apa pada aku. Tenggelam dengan janji-janji seorang lelaki yang aku sendiri tidak tahu kesahihannya.Sedangkan jalan yang kekal itu tidak jauh daripadaku, cinta abadi itu sentiasa berada di sisiku.
Hari ini ku mula bekerja, dan keadaan di tempat kerjaku agak sibuk memandangkan aku bertugas sebagai pembantu peribadi bos tempatku bekerja. Tiba-tiba aku teringatkan kampung halaman. Rindu pada ibu bertamu di hati. Aku segera mengisi borang untuk bercuti selama 2 minggu. Ya, aku bercuti dan cuba mencari ketenangan dalam diriku. Cuba mencari titik permulaan yang aku sendiri tak tahu dari mana aku harus memulakannya.Mudah-mudahan aku dapat mencari titik mula yang pasti.
"Sha, kamu tak keluar pergi makan ke?"kedengaran persoalan yang ku kenal suaranya siapa. Orang itu adalah bos aku.
"Emm... Saya rasa tak lapar la Encik Hanif,"aku menjawab ringkas.
"Are you sure Sha?" bos aku ingin kepastian daripadaku.
"Yes, I'm sure. Encik Hanif, saya dah isi permohonan untuk bercuti."
"Okay, kamu tinggalkan di atas meja. I'm sure you really need it. Just take a good care there."
"Yes bos," aku membalasnya.
Terasa segar pabila mataku terhidang dengan pemandangan hijau sawah padi, bukit bukau yang berselubung awan. Burung-burung yang bebas berterbangan. Aku menghirup udara yang segar. Terasa lapang di dadaku. Seolah-olah terbang semua masalah yang menghimpit perasaan aku. Aku membetulkan dudukku di atas batas sawah padi. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipiku. Inilah kampungku yang sering aku rindui. Telefonku berdering.
"Asalamualaikum umi." aku memulakan bicara.
"Waalaikumussalam. Anak umi ada kat mana ni? Baliklah, Umi ada hal nak bincang dengan Sha" Umiku berterus terang.
"Yalah, sekejap lagi Sha balik rumah ya umi."
"Okey, umi tunggu di rumah ya Sha. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam."
Talian telefon dimatikan. Ku renung skrin telefonku.Terdetik di hatiku apakah yang ingin umi bincangkan dengan aku? Kalau nak tau kena baliklah. Aku tersenyum sendirian dengan jawapan aku sendiri.
"Ha! Apa senyum sorang-sorang ni?" satu suara menegurku.
Aku menoleh ke belakang mencari tuan punya suara. Aku lihat Hafiz tersengih.
"Eh! Macam mana kau ada di sini Hafiz?" aku bertanya.
"Aku tengok dari jauh, aku rasa macam kenal je susuk tubuh yang duduk dekat atas batas. Itu aku datang ke mari untuk memastikan. Tak sangka pula betul kata hati aku.Bila kau balik Sha? Kenapa balik tak bagitau aku?" Panjang lebar pulak mamat ini berkata-kata.
"Aku kena bagitahu kau ke yang aku nak balik. Kalau jawapan kau ya, apa yang membuatkan aku mesti memberitahu kau?" Aku melontarkan kembali pertanyaan.
"Kau kan bakal buah hati pengarang jantung aku," Hafiz membalas.
"Arghhhh! Kau ni mengarut jer la.."
Aku bingkas bangun dan bergegas pulang ke rumah meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga.
Percutian ke langkawi...
Hai... dah lama rasanya tak post entri dlm blog ni...
hari ni saya nk berkongsi dengan anda percutian saya ke Pulau Lagenda Malaysia, Pulau Langkawi...
Pengalaman saya ke sana sangat seronok sehingga sedetik pon tak boleh nk lupa...
Okay.. Bagi sesiapa yang menaiki kenderaan persendirian untuk ke pulau langkawi ada dua terminal feri sahaja iaitu Terminal Feri Kuala Kedah dan Terminal Feri Kuala Perlis... Hari tu saya pergi menaiki feri dari Terminal feri kuala perlis... Perjalanan dari terminal feri kuala perlis ke Pulau Langkawi memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit... pada yang ingin berkunjung pada musim cuti sekolah disarankan untuk datang lebih awal di kaunter tiket feri kerana orang sangat ramai berada di kaunter untuk membeli tiket... dikhuatiri anda tidak dapat membeli tiket pada hari tersebut... tak ke dah buang masa....
okay harga tiket feri bagi orang dewasa dari terminal feri Kuala Perlis ke Langkawi dicas sebanyak RM 18.00 setiap seorang... murah je kan? tiket ni untuk perjalanan sehala sahaja tau... nak balik nanti kena beli tiket dri jeti Pulau Langkawi..
Bagi yang ingin mebuat perjalan 'Island Hopping' di terminal feri tersebut ada juga ditawarkan kepada anda.. selalunya kalau bukan musim cuti sekolah anda hanya perlu berbelanja RM20.++ satu kepala.. musim cuti sekolah RM25- RM35.++ satu kepala.. Murahkan... tapi jangan terkejut pula perjalanan ber'island hopping' nanti bercampur dengan pengunjung2 lain... yang sebenarnya setiap satu perjalanan bot untuk buat tour island ni lebih kurang RM200.++. Bagi anda yang berkunjung seramai 2 orang hingga 4 orang takkan nak sewa bot RM200.++ kan? jadi beramah mesra la bersama pengunjung yang datang ingin membuat island hopping juga... bagi yang ingin menempah tempat untuk island hopping disini saya mempunyai nombor telefon
Destinasi untuk island hopping ialah.
1. Pulau Dayang Bunting.
Ha... ramai yang suka berkunjung ke Pulau Dayang Bunting....
ini gambar yang menunjukkan seorang perempuan yang mengandung... di situlah terletaknya Tasik Dayang Bunting...
Ha itu gambar2 disana... Bes...!!! Bagi yang ingin mandi di Tasik Dayang Bunting anda boleh terjun je ke dalam tasik tersebut bagi yang tahu berenang lah... kalau tak tau... boleh sewa life jacket yang ade di kawasan tasik tersebut... Sewa tak mahal.. hanya RM5.00 sahaja..
destinasi island hopping seterusnya ialah.
2. Eagles Feeding..
Disini anda boleh lihat banyak burung helang yang berkumpul di kawasan ini... besar2 semuanya....
destinasi terakhir ialah Pulau yang bersih sekali pantainya iaitu
3. Pulau Beras Basah...
..
Seterusnya anda setelah sampai di Terminal Feri Langkawi yang terletak di pekan Kuah. Disini anda boleh mendapatkan kereta sewa murah2... saya menyewa kereta Viva dikenakan cas RM90.++ sehari.. okay bagi yang bercuti di hotel2 ternama ada juga yang ambil pakej bersama sewa kereta untuk mengurangkan bajet...
Haaa ade trademark hotel tau kat Pulau Lagenda ni... kalau anda semua nak tahu.. kebanyakan hotel dan hotel bajet di Langkawi ni bernaung dibawah BARON.. ingat BARON ingat langkawi.. Servis yang ditawar sangat tip top... Saya sangat berpuas hati... Hotelnya pula bersih dan cantik.. Lagi satu harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan....









Subscribe to:
Posts (Atom)