HARI YANG KELAKAR.
Hari ini hari pertama aku masuk ke sekolah tingkatan 1. Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap untuk ke sekolah. Sekolah menengahku ini tidak jauh dari rumah ibuku. Ayahku mengalah dan membiarkan aku untuk terus tinggal dengan ibuku setelah ibuku memberitahu bahawa mudah untukku ke sekolah. Aku hanya perlu berjalan kaki lebih kurnag 25 minit untuk ke sekolah. Setelah bersiap aku mula mengaturkan langkah untuk ke sekolah. Mentari belum menampakkan cahaya. Aku melihat ramai pelajar berpakaian sekolah menuju ke destinasi yang sama denganku. Kelihatan bas sekolah berderet di hadapan pagar. Aku mula rasa tidak sedap hati. Kerana di sekolah ini ade sesi pagi dan petang. Aku memberanikan diri untuk bertanya kepada seorang pelajar perempuan yang nampak lebih senior dariku.
"Tumpang tanya kak. Tingkatan satu sesi pagi ke petang?" "Adik sekolah tingkatan satu ya tahun ini? Tingkatan satu dengan tingkatan dua sesi petang dik." Kakak itu menerangkan. "Oh! terima kasih kak." aku mula mengatur langkah dengan pipi merona warna merah. Kelihatan beberapa pelajar memandangku berpatah balik. Aku menundukkan wajah supaya mereka tidak mengenaliku kerana tersilap sesi pembelajaran pada hari pertama ke sekolah. Setelah agak jauh meninggalkan sekolah, aku mula bermonolog sendirian.'Hishhhh!! hari pertama semangat dengan pakaian sekolah baru tiba-tiba tersilap sesi. Rupa-rupanya sesi petang. Haihhhh!! Sabar je lah.... '
Sesampainya dirumah ibuku sedikit terkejut. "Rina kenapa tak pergi ke sekolah?"ibuku bertanya. Aku tersengih. "Ibu rupanya Rina kena sekolah petang la ibu. Malu juga Rina tadi. Semua orang pandang Rina bila Rina patah balik. "aku menerangkan panjang lebar. "Laaaa... Yakah? Ibu pun tak tahu. Sudahlah, pergi salin baju. Nanti tengahari siap untuk ke sekolah. Aku membantu ibu menyediakan makanan tengahari. Ibu akan pergi bekerja sebentar lagi. Sebagai permulaan memulakan hidup baru ibuku bekerja sebagai Jurujual di sebuah kedai pakaian yang tidak jauh dari rumah ini.
KAWAN-KAWAN BARU
Aku tiba di sekolah jam 12.00 tengahari. Cuaca agak panas. Aku berlindung di bawah pokok. Kelihatan ramai yang memasuki perkarangan sekolah tidak lama lepas itu. Kami dikumpulkan dan berbaris di bawah pokok. Kami juga diberitahu untuk berbaris di sini setiap kali sebelum masuk ke dalam kelas untuk di catit kedatangan. Setelah pembahagian kelas di lakukan kami di atur untuk ke kelas masing-masing. Aku menduduki kelas 1 Anggerik 2. Ku lihat di dalam kelasku ada lebih kurang 31 orang pelajar.
Mulai dari hari ini aku mula mempelajari beberapa pelajaran yang agak baru bagiku. Rakan-rakan baru ternyata mewarnai kehidupanku kini. Aku mula belajar bersederhana dalam banyak perkara. Rasa rendah diri dalam diriku wujud di dalam diriku pabila melihat rakan-rakanku mempunyai keluarga yang lengkap. Namun semua itu tidak mematahkan semangatku untuk berjuang dalam pelajaran. Kerana bagiku Ilmu merupakan sahabat terbaik buatku. Semasa di aku berada di tingkatan 1 aku lihat ramai yang berpasangan. Bagi mereka berpasangan menguatkan lagi azam untuk belajar namun berbeza dariku. Aku tidak memilih untuk berpasangan kerana sejarah silam telah mengajarku untuk lebih memikirkan masa depanku kelak. Tidak ku nafikan kadang-kadang aku terbuai perasaan dan sering mengingati ayah dan ibu. Aku masih berharap keluargaku kan bersatu seperti dulu.
Setelah 3 bulan belajar di sekolah tersebut kebanyakan rakan-rakanku mula berpindah ke sekolah baru yang lebih baik dari sekolah ini. Kata mereka Sekolah ini tidak menjamin masa depan. Aku pula berpendapat sebaliknya. Semua sekolah adalah sama tetapi bergantung pada seseorang pelajar itu untuk mengejar kejayaan masing-masing. Semasa pemilihan ketua kelas, penolong ketua kelas dan bendahari, aku telah diberi amanah untuk menjadi seorang ketua kelas. Sejak dari hari itu aku mula menjalankan tangungjawab aku sebagai seorang ketua kelas. Aku merupakan antara pelajar tebaik dalam kelas. Di dalam kelas tersebut ada seorang pelajar yang sering menjadi saingan dalam pelajaran iaitu Azlan. Azlan juga merupakan salah seorang pelajar yang terbaik di dalam kelas.
NOTA CINTA
Satu hari, aku dan beberapa rakan perempuan kelasku ingin menghantar tugasan Kemahiran Hidup. Kami terus menuju ke bilik kemahiran hidup untuk menyerahkan tugasan. Setelah selesai aku dan Izzati kembali ke kelas. Tidak lama kemudian, loceng sekolah pun berbunyi tanda sesi persekolahan pada hari itu tamat. Aku menggalas beg dan pergi ke garaj basikal. Ayahku menghadiahkan ku sebuah basikal pada pertengahan tahun ini, kerana aku berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas semasa peperiksaan pertengahan tahun. Aku menyorong basikal keluar dari sekolah. Di kejauhan aku lihat Azlan berjalan perlahan sahaja. Aku mempercepatkan langkah untuk berjalan bersama Azlan. Bagiku Azlan ini mempunyai banyak kelebihan dan sedikit sebanyak menarik perhatianku untuk mendekatinya.
"Hai Azlan, seorang je ke?" tanyaku. "Aah... seorang." jawabnya perlahan. Aku dan Azlan jalan beriringan tanpa sepatah kata. Aku rasa seperti ada sesuatu ketika bersama dengannya. Ya, aku akui aku meminatinya, tapi dari jarak jauh sahaja. Aku tidak berani meluahkan apa-apa perasaan kepadanya kerana aku masih di zaman sekolah dan aku rasa rendah diri dengan apa yang aku ada. Kami berpisah di stesen bas kerana Azlan akan menaiki bas tambang untuk pulang ke rumah manakala aku hanya meneruskan kayuhan untuk kembali ke rumah.
Sesampainya dirumah aku melihat bahagian beg sandangku terbuka. Aku mula hairan kerana aku sudah menetapkan yang aku tidak akan menggunakan ruangan tersebut memandangkan zipnya sudah rosak. Aku cuba melihat Zip tersebut dan tiba-tiba sekeping kertas keluar dari bahagian tersebut. Aku melihat kertas tersebut dan tertanya dari mana datangnya kertas itu. Aku membuka lipatan kertas tersebut untuk mengetahui isi yang terkandung. Sebaik sahaja aku buka aku melihat nota tersebut datangnya dari Azlan. Isi kandungannya pula I Love You Syarina. Aku bagaikan tidak mempercayai hadirnya surat tersebut dari Azlan. Mana mungkin Azlan mengetahu aku meminatinya. Ataupun ini hanya sekadar perangkap hendak mengenakan aku. Aku bertekad untuk mendapatkan penjelasan daripada Azlan.
Keesokan harinya aku berjumpa dengan Azlan. "Azlan kau ada tulis apa-apa surat untuk aku tak semalam?"aku bertanya kepada Azlan. "Tak ada," Azlan menjawab ringkas. Aku terdiam dan mengambil kertas semalam dan serahkan kepada Azlan. "Ini tulisan kau ke?" aku bertanya lagi. "Tak, Bukan tulisan aku. Tulisan aku cantik dari ini." Azlan menjawab. " Kau jangan main-main Azlan. Habis tu macam mana kertas ni ada dalam beg aku?"aku bertanya kepada Azlan. "Kalau betul itu surat yang aku tulis kepada engkau, apa jawapan kau. Nak ke kau terima aku?" Azlan menjawab persoalanku dengan pertanyaan. Aku terdiam. "Entahlah,aku sendiri pun tak pasti." Aku menjawab. "Aku bagi kau tempoh untuk berfikir. Awal tahun, tahun depan aku akan minta jawapan daripada engkau. Aku akan tunggu engkau."Azlan memberi kata putus.
Guru kelasku mencadangkan kami untuk mengadakan jamuan akhir tahun kelas. Kebanyakan bersetuju dan mula menyumbangkan duit kepada bendahari. Setelah jamuan bermula aku mengambil tempat dan duduk di sebelah rakanku, Izzati. Aku hanya mengambil sedikit makanan kerana kurang berselera untuk makan. "Rina kenapa makan sikit je?" tanya Izzati. "Hai Rina nak Zainal suapkan ke?" usik pelajar lelaki pula. "Ish! kau orang ni mengarut je kerja." aku menjawab. "Kalau aku suap tak apa kan Rina?" sampuk Azlan. "Kalau kau suapkan aku , okay je." aku bersahaja melayan kerenah rakan-rakanku yang sememangnya suka mengusik.
Ku belek surat yang diberikan oleh Azlan. 'Benarkah Azlan mencintai aku?' aku bermonolong sendirian. Ku simpan kemas surat itu di dalam dompetku. Ini surat yang pertama dari orang yang aku minat. Mahukah aku membalas rasa yang ada. Teringat pula pesan ayahku, 'Jangan bercinta masa sekolah. Kalau ayah dapat tahu siap Rina.' Aku jadi berbelah bagi. Sedangkan rasa ingin menyayangi itu ada dan aku akan buktikan cinta ini bukanlah cinta monyet. Akhirnya aku biarkan sahaja masa berlalu pergi. Tanpa ku sedari aku menginjak ke Tingkatan 2.
JAWAPAN CINTA.
Aku bertekad membalas rasa pada Azlan. Namun kami berpisah kelas. Aku telah di masukkan ke kelas yang berbeza dengannya. Sedih rasa di hati. Akhirnya aku menunggu dia untuk bertanya kepadaku. Sudah hampir sebulan kami bersekolah Azlan tidak pernah bertanya padaku. Akhirnya pada satu hari aku berjumpa Azlan. "Azlan aku dah ada jawapan untuk persoalan kau tahun lepas." aku memulakan. "Yang mana?"tanya Azlan. "Aku cintakan kau juga."Aku berkata. "Rina, aku minta maaf. Baru semalam aku terima Qalesya." aku terkedu mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Azlan. Kelopak mataku mula menakung airmata. Namun ku tahan bagi mengelakkan Azlan tahu perasaan aku. Aku membatukan diri.
"Rina kau okay tak ni?" Azlan bertanya. Aku menoleh dan mengukir senyum. "Aku okay.... " aku menjawab walaupun dalam hatiku mula bertamu kekecewaan. Sejak dari hari itu, aku menangis selama seminggu. Sukar aku untuk menerima kenyataan bahawa Azlan memilih yang lain. Tidak lama selepas itu, aku tidak lagi melihat Azlan. Aku cuba bertanya kepada rakan-rakan baiknya semasa di dalam kelasnya. Mereka berkata bahawa Azlan telah berpindah sekolah. Sejak dari hari itu, aku menguncikan hatiku untuk Azlan. Dan bertekad tetap menjadi peminat di dalam diam dan berniat andai betul Azlan tercipta untukku. Aku pasti akan menemukannya kembali walaupun 10 tahun lagi. Aku tidak akan menerima mana-mana lelaki lagi kerana hatiku benar-benar untuk Azlan. Sejak dari hari itu aku kembali menumpukan pelajaran dan cuba mendapatkan tempat yang terbaik dalam kelas.
Pada satu hari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah habis sekolah, Aku terlibat dalam kemalangan. Aku telah dilanggar oleh sebuah kereta. Yang aku ingat ketika itu, aku dilanggar dan terpelanting ke cermin kereta tersebut lalu jatuh di atas jalan raya. Aku tidak sedarkan diri untuk seketika. Pabila aku sedar, aku mengutip beg, buku sekolahku, dan mencari di mana basikalku. Aku lihat seorang lelaki cina yang telah melanggarku terpaku di pintu keretanya melihat kejadian itu, dan tiada siapapun yang menghulurkan bantuan kepadaku. Aku menguatkan semangat untuk menaiki basikal dan terus pulang ke rumah. Aku tidak pergi ke hospital kerana aku bimbangkan ibu. Aku merahsiakan perkara itu dari pengetahuan ibu. Yang penting aku tidak apa-apa.
bersambung.............