"Syazrina oo syazrina......" Zarina mengoncangkan tubuhku.
Aku terpisat-pisat. "Ha... Dah pukul berapa ni Zarina?" tanyaku.
"Dah pukul 12.00 tengahari." Zarina menjawab ringkas.
"Oh.. yeke... aku rasa pening la Zarina" aku menerangkan keadaanku.
"Mungkin kau letih kot, tadi Alif telefon kau berkali-kali tapi kau tak bangun. Aku pun jawablah telefon kau," terang Zarina.
"Dia ada tinggalkan apa-apa pesan ke untuk aku?"
Aku terpisat-pisat. "Ha... Dah pukul berapa ni Zarina?" tanyaku.
"Dah pukul 12.00 tengahari." Zarina menjawab ringkas.
"Oh.. yeke... aku rasa pening la Zarina" aku menerangkan keadaanku.
"Mungkin kau letih kot, tadi Alif telefon kau berkali-kali tapi kau tak bangun. Aku pun jawablah telefon kau," terang Zarina.
"Dia ada tinggalkan apa-apa pesan ke untuk aku?"
"Dia ajak kita berdua makan di bawah, dekat lobi hotel." Zarina menjawab persoalanku.
"Em... yelah aku siap sekarang."
Aku dan Zarina keluar dari bilik penginapan kami dan turun ke lobi hotel menaiki lif. Sebaik sahaja pintu lif tersebut terbuka, wajah Alif berada di hadapan kami. Dari air muka Alif, aku dapat merasakan seperti ada sesuatu yang menggusarkan hatinya.
Aku dan Zarina keluar dari bilik penginapan kami dan turun ke lobi hotel menaiki lif. Sebaik sahaja pintu lif tersebut terbuka, wajah Alif berada di hadapan kami. Dari air muka Alif, aku dapat merasakan seperti ada sesuatu yang menggusarkan hatinya.
"Eh, Alif kenapa ni...?" Zarina menegurnya." Nampaknya bukan aku sahaja yang berperasaan begitu, Zarina juga berkongsi rasa yang sama. Aku menunggu jawapan dari Alif.
"Emmmm.. tak ada apa-apa. Aku risaukan korang berdua tak sampai-sampai. Dah hampir setengah jam aku menunggu. Baru bercadang nak naik ke atas" terang Alif panjang lebar.
"Oh, maafkan kami ya Alif, tadi saya yang bersiap lama," aku menerangkan keadaan sebenar.
"Syazrina, muka awak nampak pucat, awak okay ke?" Alif bertanya kepadaku.
"Eh, saya sihat.... hehehe.." aku tersengih cuba menyembunyikan keadaanku yang masih pening-pening lalat. Aku tersengih seorang.
"Syazrina awak tersengih seorang ni kenapa?" tanya Alif kepadaku.
"Errr..... Mana ada... " aku menjawab ringkas.
*****
Lawatan pertama kami pada hari ini adalah di Masjid Kapitan Keling. Kami di fahamkan bahawa di masjid ini khutbah Jumaat di sampaikan dalam bahasa Tamil. Sungguh unik bukan...??? Kemudian kami berjalan kaki ke Khoo Kongsi, sebuah bangunan yang cantik dengan bentuk seni bina dari negara China. Di sini aku dapat melihat berbagai jenis pelancong dari dalam dan luar negara. Seterusnya kami melawat di beberapa buah tempat lagi iaitu, Muzium Islam, Muzium Negeri Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai jenis lukisan dan bahan artistik, Fort Cornwallis atau lebih dikenali sebagai Padang Kota Lama. Kesemua tempat ini semuanya tidak jauh dari satu sama lain. Semasa lawatan kami di tempat-tempat tersebut, aku , Zarina, Alif sempat merakamkan beberapa keping gambar buat kenangan kami. Dari raut wajah kami jelas terpapar kepuasan kami semasa lawatan yang kami lakukan.
Pada sebelah malamnya, kami di bawa ke Pasar Malam Batu Feringghi, banyak barang-barang yang boleh dijadikan cenderahati buat kawan-kawan. Aku sekadar 'window shopping' manakala Zarina pula membawa barang-barang yang dibeli di Pasar Malam Batu Feringghi sehingga tidak menang tangan. Alif pula membeli baju untuk bersantai di tepi pantai. Setelah puas membeli Alif datang kepadaku yang sedang membeli air buah dari salah satu gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Menurut amoi yang menjaga kedai itu, Pasar Malam Batu Feringghi ini merupakan nadi buat Batu Feringghi. Faktanya sedikit menarik perhatian ku. Aku melihat sekeliling, suasana agak sibuk dengan pelancong dari Jepun, Korea, Arab Saudi, dan Australia. Nampaknya negara kita juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di mata dunia. Setelah amoi tersebut selesai membuat air Durian Belanda untukku, aku menghulurkan duit untuk membayar tetapi sempat di bayar dahulu oleh Alif.
Aku jalan beriringan dengan Alif. Kami menuju ke bas persiaran yang terletak tidak jauh dari tempat kami berada sekarang. Di kejauhan aku lihat Zarina terpacak seperti tiang lampu menanti kami. Tiba-tiba bahuku di cuit dari belakang. Aku menoleh dan.......
*****
Lelaki yang berada di hadapan ku kini memang aku kenali. Serta merta kebencian yang hilang suatu masa dahulu buat lelaki ini kembali menyerbu ke seluruh jiwa ku.
"Siapa lelaki ni Syazrina?" tanya lelaki itu.
Aku mula rasa tidak sedap badan dan rasa seperti ingin lari jauh dari sini. Jauh dari semua ini.
"Siapa lelaki ini RINNNNN????!!!!!" lelaki itu mula meninggikan suaranya.
"Ini Alif. Kekasih baru Rin." Terangku kepadanya.
"Encik..." belum habis Alif menghabiskan kata-katanya satu penumbuk hinggap di pipi Alif. Alif sedikit terdorong ke belakang.
"Farish!!!!!! Apa yang awak buat ni????!!!!" aku mula naik darah dengan apa yang baru berlaku di depan mataku.
"Kau diam, Rin..!!!!" Farish mengarah.
Farish mula melangkah mendekati Alif. Farish mencekak kolar baju Alif.
"Kau dengar sini ya, Rin ni kepunyaan aku. Tak ada sesiapa yang boleh merampas dia dari aku."
"Farish, sudahlah, Rin dah tak ada kaitan dengan Farish," aku meleraikan tangan Farish dari Alif.
Farish meoleh kepada ku.
"Apa dia Rin???? Kau ulang sekali lagi . Aku kurang dengar."
"Rin dengan Farish dah tak ada apa-apa kaitan lagi." Aku mengulangi ayatku tadi.
PANNNGGGG!!!!!! Hinggap satu penampar di mukaku. Mukaku terasa panas. Tidak lama kemudian aku pengsan, dan tidak tahu apa yang berlaku seterusnya...
*****
Aku celikkan mata ku. Masih terasa kembang pipiku bengkak akibat ditampar oleh Farish. Aaarrrgghhhh!!!!! Aku bencikan dia. Ku lihat sekeliling. Aku dikelilingi oleh emak , dan adikku. Di luar bilik ku lihat Alif mundar mandir seperti orang yang tidak tahu arah tujuan. Manakala Zarina duduk di kerusi luar sambil menangis. Aku menjadi pelik dengan situasi sekarang. Apa yang terjadi? Aku di mana? Ku lihat tangan ku di masukkan satu tiub dan di penghujungnya aku lihat satu botol air tergantung. Aku di hospitalkah???
"Emak, kakak dah sedar," adikku mula bersuara.
"Rin, Alhamdulillah Rin dah sedar. Lega hati mak."
"Rin tak apa-apa.... Rin kan kuat...," aku tersengih seperti budak kecil.
"Emak risaukan Rin. Rin tak sedarkan diri dah 3 hari," ibuku meluahkan kerisauannya.
"Dah la tu mak. Rin dah okay...," aku cuba menerangkan keadaanku.
*****
Aku sudah sihat. Aku dibenarkan keluar wad pada hari ini. Alif akan datang menjemputku sebentar lagi. Ibuku dan adik-adikku telah balik ke kampungku. Zarina pula telah pulang ke kampung menjenguk ibunya dan adik-adiknya.
Aku mengemas barang-barangku yang masih ada. Sementara menanti Alif, aku duduk di katilku sambil membaca majalah Mingguan Wanita. Di kulit majalah ini terpapar tajuk-tajuk yang agak menarik. Sedang aku membelek-belek majalah tiba-tiba aku didatangi oleh seorang lelaki. Aku mengangkat mukaku untuk melihat dan yang berdiri di hadapanku sekarang bukan Alif seperti sangkaanku tetapi Farish.
"Rin, maafkan Farish. Farish bersalah. Farish ingin memohon maaf di atas segalanya yang telah terjadi. Farish banyak menyusahkan Rin. Farish sedar semua itu. Sekali lagi Farish memohon maaf."
"Farish, untuk apa Farish nak minta maaf. Farish tak pernah buat apa-apa kesalahan pada Rin. Rin pun hanya manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan," aku menjelaskan.
Farish memegang daguku memaksa aku mendongak memandangnya yang sedang berdiri. Aku lihat ada mutiara jernih mengalir di pipinya. Hatiku menjadi sayu serta merta. Aku tidak tahu mengapa aku berkeadaan begitu.
"Sudahlah Farish, sampai bila kau nak menyakitkan hati Rin. Takkan seumur hidup Rin kau nak menyakitinya. Berikanlah dia ruang untuk dia berbahagia," kata Alif yang muncul secara tiba-tiba.
"Alif....!!!" aku sedikit terkejut lantas menyeka mataku yang mula menakung empangan airmataku. Aku enggan kelihatan lemah dihadapan Alif.
"Rin... Jom sayang kita pergi makan. Mesti Rin pun dah lapar. Maaf ya buat Rin tertunggu-tunggu," kata Alif lalu mengangkat beg dan memimpin ku keluar dari situasi yang agak tegang. Aku pula menurut tanpa membantah kerana aku sendiri bingung dalam situasi begini.
*****
Aku di bawa ke sebuah restoran yang terletak di tepi laut. Angin bayu laut menyapa mukaku. Aku terasa segar dan kembali tenang sedikit apabila mendengar deruan ombak yang menghempas pantai. Kami duduk di satu sudut yang sedikit jauh dari orang. Setelah pesanan diambil oleh seorang pelayan restoran Alif memandangku. Aku berasa kurang selesa berkeadaan begitu.
"Rin, awak sihat?" tanya Alif kepadaku. Aku berasa sedikit hairan dengan soalan yang diajukan oleh Alif.
"Sihat......! Heheh....." aku menampakkan muka yang agak ceria sambil tersengih.
"Tapi......" Alif tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
"Encik ini pesanan minuman encik sebentar tadi." kata pelayan tersebut sambil meletakkan segelas Air Kiwi, dan Air Karot susu minuman kegemaranku. Tidak lama selepas itu aku dan Alif menikmati masakan makanan laut di temani bayu, dan angin sepoi-sepoi bahasa. Halwa telinga kami pula di dendangkan dengan lagu romantis dari Kenny G dan juga hembusan ombak yang menghempas pantai. Hari ini merupakan hari indah buatku. Seumur hidupku mungkin.
*****
"Rin hari ni, Alif nak bawa Rin jalan-jalan shopping. Boleh?" tanya Alif kepadaku.
"Boleh...." jawabku ringkas.
Alif membawa aku pergi jalan-jalan di sebuah pasaraya yang terkemuka di Pulau Pinang, iaitu Queensbay Mall. Tempatnya sungguh besar dan aku berasa sedikit letih berjalan di dalamnya, memandangkan saiznya yang agak besar dan luas. Tidak lama selepas itu kami pergi menonton wayang cerita melayu komedi. Tidak kering gusi aku menonton wayang tersebut. Sungguh menghiburkan.
Selesai menonton wayang kami mula berjalan ke tempat letak kereta. Aku berasa agak pening dan rasa seperti hendak pitam. Alif menoleh aku yang berjalan agak jauh ke belakang.
"RINNNNN!!!!!! Ya Allah, kenapa ni Rin?" Aku lihat Alif berlari ke arah aku.
Aku lihat bajuku sudah di basahi dengan darah. Aku mencari punca dari mana datangnya darah tersebut. Rupa-rupanya dari hidungku. Aku mencari tisu dari tas tangan yang aku bawa untuk mengelakkan darah terus keluar lebih banyak. Tidak lama selepas itu, aku berasa pening yang amat sangat. Aku kehilangan tenaga untuk berdiri. Sebelum aku jatuh, aku sempat di sambut oleh Alif. Alif memapahku masuk ke dalam kereta, dan terus menuju ke hospital. *****
"Bagaimana keadaan Syazrina doktor?" Alif meluru mendapatkan doktor yang baru keluar dari wad kecemasan.
"Syazrina tidak apa-apa, keadaan dia sudah stabil awak jangan risau. Boleh saya berjumpa dengan waris terdekat Syazrina?"
*****
Telefon ku berdering, terpapar di skrin telefonku, Ibunda. 'Emmm, kenapa pulak emak telefon tiba-tiba?' hatiku tertanya-tanya. Tanpa membuang masa aku menjawab telefon.
"Asalamualaikum emak , apa khabar?"
"Baik-baik sahaja, Rin sihat? Emak nak tanya kau sesuatu, samada engkau setuju ataupun tidak, mak nak kau fikir jawapannya nanti dan maklumkan pada emak secepat mungkin."
"Emak nak tanya apa mak? Rin cuba bagi jawapan kalau boleh," aku menjawab ringkas.
*****
Aku berbaring di atas katil sambil memeluk 'Teddy'. Persoalan yang emak ajukan padaku petang tadi sedikit menggusarkan hatiku. Aku terasa seperti tersepit di tengah-tengah. 'Arggghhhhh, kenapa aku selalu tersepit begini?'
Terngiang di telinga ku kata-kata emakku. 'Begini Rin, semalam keluarga Alif datang, hajat mereka ingin masuk meminang engkau' aku sedikit tersenyum apabila mendengar nama Alif. 'tapi Rin.....' emak menyambung. 'Tapi apa emak?' aku bertanya kepada emakku. 'tapi....., keluarga Farish pula datang pada hari ini menyampaikan hajat yang sama.' Aku sedikit terkedu mendengar berita yang baru disampaikan oleh emakku. 'Jadi emak nak engkau fikir yang mana engkau rasa boleh bersama dengan kau untuk dijadikan sebagai pasangan hidup engkau.' itulah kata putus yang aku dengar dari emakku. Emak hendak mendengar kata putus dari mulutku sendiri dan emakku akan menyampaikan jawapan pada kedua-dua rombongan meminang tersebut. Siapa harus aku pilih? Farish atau Alif?
*****
Hari Indah Buatku....
Aku telah siap didandan oleh mak andam. Di dalam hatiku pula terasa berdebar-debar menanti pengantin yang bakal tiba dalam masa tidak kurang 30 minit dari sekarang. Saudara-mara, rakan-rakan mula membanjiri rumahku, sekali sekala aku di datangi oleh rakan-rakan dan saudara untuk merakamkan detik gembira dalam hidupku. Debaran di dalam hati ini daku sembunyikan dengan senyuman gembira.
"Rin..... Wah! cantiknya kawan baik aku ni.....!!!" Zarina muncul di muka pintu bilikku.
"Zarina!!! sampai juga kau ye," ujarku.
"Rin aku nak bagi kau sesuatu," Zarina menghulurkan padaku sekeping kad undangan perkahwinan. Aku terus membuka dan melihat isi kandungan kad tersebut.
"Zarina, tahniah.... Akhirnya, dapat juga aku lihat engkau kahwin. Dalam diam, dah atur semuanya. Tak mahu kenalkan ke bakal suami kau pada aku?" tanyaku.
"Kenalkan ini Rashdan, bakal suami aku. Dan ini Rin, sahabat baik saya."
Aku sekadar tersenyum dan Rashdan juga membalas senyum. Tidak lama selepas itu, kami bergambar merakamkan detik sebelum aku melangkah ke dunia baru, Dunia Rumahtangga.
Majlis akad nikah berlangsung di rumahku. Alif Zulfikar telah sah menjadi suamiku kini dengan sekali lafaz akad sahaja. Setelah selesai bacaan doa, aku bersama Alif melakukan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai, upacara membatalkan air sembahyang di lakukan. Alif menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manisku, dan aku menyarungkan cincin ke jari manisnya. Disusuli dengan kucupan di dahiku, dan lafaz 'Aku cinta pada Nur Syazrina Shahidan.' Aku menyalami tangan Alif yang sudah sah menjadi suamiku tanda hormatku padanya. Kerlipan cahaya dari kamera yang ada di sekeliling merakamkan detik indah aku bersama suamiku yang aku sayang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Kami berjalan beriringan dan menjemput para jemputan yang hadir ke majlis kami untuk menikmati hidangan. Tiba-tiba aku lihat kelibat Farish hadir di hadapan kami. Aku menggengam tangan Alif seperti mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Farish.
Farish menghulurkan tangan pada Alif , "Tahniah Alif, aku doakan kau berbahagia bersama Rin hingga ke anak cucu. Pastikan kau sentiasa membuat Rin bahagia. Aku tak ingin melihat Rin menangis lagi." Alif membalas kata-kata Farish dengan ucapan terima kasih dan memandang kepadaku. Aku hanya melemparkan senyuman, sedikit lega. Farish beralih memandangku. Aku hanya memandang Farish. "Tahniah Rin, Farish doakan Rin bahagia, dan maafkan segala kesalahan Farish pada Rin selama ini. Selamat Pengantin Baru Rin."
Emakku muncul dari belakang dan menjemput Farish dan keluarganya untuk menikmati hidangan yang telah terhidang.
Dalam hatiku aku berdoa, semoga aku berjaya menempuhi alam baru perkahwinan ini dengan redha dan tenang. Amin.